Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

37) PREMIUM TANAH

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan jumlah hasil Kerajaan Negeri Selangor dalam wang ringgit dan peratusan yang diperolehi daripada kutipan premium tanah bagi tahun 2005-2015.

    PEJABAT TANAH DAN GALIAN SELANGOR

     Jumlah hasil Kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2005-2015 (September) adalah sebanyak RM18,250,092,447.60. Daripada jumlah tersebut, 31% (RM6,809,220,772.84) merupakan kutipan premium tanah. Butiran terperinci mengenainya dikemukakan seperti di Lampiran A.

  2. Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan bank tanah Selangor adalah mencukupi dan mampan?

    Setakat ini, Kerajaan Negeri belum ada strategi yang khusus bagi memastikan bank tanah Negeri Selangor mencukupi dan mampan. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri mempunyai maklumat tanah dan aset-aset tak alih Kerajaan Negeri yang diperolehi melalui Sistem Selangor Land Information System (SELIS) dan Jawatankuasa Aset Tanah Kerajaan.

  3. Apakah strategi Kerajaan Negeri Selangor untuk menjana sumber hasil yang baru selain bergantung kepada hasil tanah seperti premium tanah dan cukai tanah?

    PERBENDAHARAAN NEGERI SELANGOR

    Sumber utama Hasil Negeri adalah daripada kutipan premium tanah dan cukai tanah. Senarai sumber hasil yang boleh dikutip oleh Negeri adalah termaktub dalam Bahagian 3, Jadual Kesepuluh, Perlembagaan

    Kerajaan Negeri Selangor melalui Mesyuarat Mengkaji Hasil Negeri yang dipengerusikan oleh Y.B. Pegawai kewangan Negeri bersama-sama Pejabat Pemungut Hasil Negeri sentiasa mengkaji dan memperhalusi elemen sumber hasil yang boleh dikutip oleh Kerajaan Negeri di bawah kuasa yang diberikan mengikut Jadual Kesepuluh tersebut.

    Antara strategi tersebut adalah:

    • membuat penilaian ke atas kadar dan pengurusan ke atas hasil sedia ada. Contohnya Pejabat Tanah dan Galian Selangor kini sedang mengkaji kadar royalti bagi bahan batuan pasir dan menambahbaik sistem pengurusan pengeluaran bahan
    • Menyemak semula pengecualian duti hiburan ke atas taman-taman tema di Selangor selepas pengecualian berkenaan dimansuhkan oleh Kementerian Kewangan bermula pada Februari
    • Mengkaji kadar bayaran pajakan atau cukai tanah kepada pemegang konsesi lebuh raya yang mengandungi elemen komersial sahaja seperti stesen minyak, restoran dan
    • Menyemak semula kadar bayaran caj air oleh pihak Lembaga Urus Air Selangor kepada pihak-pihak yang menggunakan sumber air bawah tanah bagi tujuan komersial berbanding negeri-negeri
    • Menyelesaikan tunggakan cukai tanah bagi kes tunggakan yang kompleks seperti syarikat telah gulung atau bubar dengan bekerja sama dengan pihak Jabatan Insolvensi dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
    • Melaksanakan projek Urban Regeneration Development yang akan memangkin pembangunan semula bandar dari segi lanskap, rekabentuk, infrastruktur dan ekonomi komuniti setempat. Projek Urban Regeneration Development juga akan menjana hasil tanah yang baru.

    LAMPIRAN A

    JUMLAH HASIL KERAJAAN NEGERI SELANGOR DAN JUMLAH KUTIPAN PREMIUM TANAH

    BAGI TAHUN 2005-2015 (SEPTEMBER)

     

    Tahun

    Jumlah Keseluruhan Hasil Negeri

    (RM)

    Jumlah Premium Tanah (RM) Peratusan Hasil Premium Tanah ( % )
    2005 967,756,762.16 306,478,142.50 31.67
    2006 1,160,209,933.53 309,283,677.56 26.66
    2007 1,285,100,104.92 330,026,633.22 25.68
    2008 1,516,341,657.57 458,926,008.09 30.27
    2009 1,763,869,665.09 268,454,462.73 15.22
    2010 1,571,503,706.82 465,480,832.18 29.62
    2011 1,634,009,145.11 533,039,088.16 32.62
    2012 1,954,813,072.75 869,939,568.97 44.50
    2013 2,149,974,432.46 1,118,928,500.50 52.04
    2014 2,225,082,781.34 1,139,959,009.98 51.23
    2015* 2,021,431,186.12 1,008,704,849.05 49.90
     

    JUMLAH

     

    18,250,092,447.60

     

    6,809,220,772.94

     

    37.31

    Sumber : Penyata Hasil SPEKS

    * Sehingga 30 September 2015

     

Lampiran

Tiada Lampiran.