Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
187) PREMIUM TANAH
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah kaedah pengiraan premium tanah?
Kaedah pengiraan premium tanah di Negeri Selangor adalah mengikut Peraturan 7, Kaedah Tanah Selangor (KTS) 2005 (Pindaan 2007). Pengiraan cukai premium tanah adalah seperti berikut:-
- Bangunan kediaman untuk individu
¼ x 1/100 x luas tanah yang diluluskan x nilaian tanah x 99 tahun @ bersamaan 23% daripada nilaian pasaran
- Bangunan kediaman untuk syarikat
½ x 1/100 x luas tanah yang diluluskan x nilaian tanah x 99 tahun @ bersamaan 50% daripada nilaian pasaran
- Bangunan industri dan perniagaan
3/4 x 1/100 x luas tanah yang diluluskan x nilaian tanah x 99 tahun @ bersamaan 74% daripada nilaian pasaran
-
Nyatakan jumlah kutipan tanah dari tahun 2010-2015 mengikut daerah.
Jumlah kutipan cukai premium tanah di Negeri Selangor dari tahun 2010 – 2015 adalah sebanyak RM5,418,682,888.77. Pecahan mengikut daerah adalah seperti di Lampiran A.
LAMPIRAN A
KUTIPAN HASIL PREMIUM TANAH NEGERI SELANGOR
BAGI TAHUN 2010 – 2015
DAERAH JUMLAH (RM)
Petaling 1,768,947,447.85 Hulu Langat 926,251,006.13 Gombak 539,628,584.75 Klang 597,698,093.51 Sepang 982,265,232.44 Kuala Selangor 198,697,595.92 Kuala Langat 227,158,069.45 Sabak Bernam 22,104,613.19 Hulu Selangor 155,932,245.53 JUMLAH 5,418,682,888.77