Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

186) PREMIUM TANAH

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah hasil kutipan premium tanah oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2015 mengikut daerah.

    Prestasi kutipan hasil premium tanah oleh semua Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) bagi tahun 2015 adalah berjumlah RM1,291,685,192.16 dan butirannya seperti di

    LAMPIRAN

     

    PRESTASI KUTIPAN HASIL PREMIUM TANAH MENGIKUT DAERAH BAGI TAHUN 2015

     

    BIL. DAERAH KUTIPAN HASIL
    (RM)
    1 Petaling 345,961,921.22
    2 Klang 96,864,031.75
    3 Gombak 98,433,887.90
    4 Hulu Langat 241,057,822.31
    5 Kuala Selangor 63,945,038.73
    6 Hulu Selangor 15,104,555.00
    7 Kuala Langat 103,856,505.90
    8 Sepang 321,070,481.25
    9 Sabak Bernam 5,390,948.10
    JUMLAH HASIL 1,291,685,192.16

    (Sumber : Penyata Hasil SPEKS pada 31 Disember 2015)

  2. Berapakah jumlah tunggakan premium tanah di Selangor pada tahun 2015 mengikut daerah?

    Berkuatkuasa mulai 25 Mei 2010 dan selaras dengan Pekeliling PTGS Bilangan 7/ 2010, kaedah bayaran premium secara ansuran telah dibatalkan. Oleh yang demikian, tiada lagi istilah tunggakan bayaran premium kerana premium perlu dibayar dalam tempoh 6 bulan dari tarikh penerimaan Notis Borang 5A, dan bagi premium tambahan tempoh 3 bulan dari tarikh penerimaan Notis Borang 7G. Sekiranya pemilik tidak menjelaskan premium, maka kelulusan tanah adalah

Lampiran

Tiada Lampiran.