Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
9) PREMIS WARGA ASING
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Puan Rozana Binti Zainal Abidin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah premis perniagaan dan lesen perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di Daerah Kuala Selangor.
Jumlah premis perniagaan dan lesen perniagaan yang dikendalikan oleh warga asing di Daerah Kuala Selangor adalah sebanyak dua puluh empat (24) premis.