Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
309) PREMIS PERNIAGAAN WARGA ASING DI LEMBAH JAYA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peranan Kerajaan Tempatan seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya dalam mengambil inisiatif utama untuk membanteras premis perniagaan pendatang asing tanpa lesen?
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) tegas dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan atas premis perniagaan yang menggajikan pekerja warga asing tanpa dokumen yang sah. Tindakan sitaan dan pembatalan lesen (jika berlesen) boleh dilaksanakan di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil MPAJ, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ) 2007 dan UUK Pelesenan Establisymen Makanan (MPAJ) 2007 atas kesalahan melanggar syarat lesen.
MPAJ hanya meluluskan mana-mana lesen premis perniagaan kepada pemohon bukan warganegara dengan syarat pemohon mengemukakan dokumen asas yang lengkap serta Lesen Pegawai Dagang daripada KPDNKK dan Pas Pekerja daripada Jabatan Imigresen Malaysia.