Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
268) PREMIS PERNIAGAAN WARGA ASING
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha yang diambil oleh kerajaan bagi memastikan premis perniagaan di dalam negeri tidak dikuasai oleh warga asing?
Kerajaan Negeri telah mengedarkan Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) Bilangan 1 Tahun 2020 iaitu Garis Panduan Dasar Aktiviti Penjaja Dan Peniaga Kecil Di Negeri Selangor kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Berdasarkan pekeliling ini, pihak penjaja dan peniaga kecil tidak boleh menyewakan lesen penjaja atau lesen perniagaan kepada warga asing. Mana-mana pemilik lesen yang melanggar syarat ini boleh dikenakan kompaun atau pembatalan lesen penjaja serta disenarai hitam dari memohon apa-apa jenis perniagaan, selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 4(4)(c) Undang-undang Kecil (UUK) Penjaja 2007, UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2007.