Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

193) PREMIS PERNIAGAAN TANPA LESEN

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sudah dua tahun lebih pemerintahan PAKATAN RAKYAT memerintah negeri Selangor, dalam konteks perniagaan masih banyak premis-premis perniagaan tanpa lesen. Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mengadakan sistem Pemutihan bagi peniaga-peniaga ini?

    Kerajaan Negeri sedang melaksanakan sistem pemutihan peniaga-peniaga tanpa
    lesen secara berperingkat dengan menempatkan mereka di gerai-gerai yang telah
    dibina oleh PBT. Walau bagaimanapun gerai-gerai yang telah dibina adalah bersifat
    sementara dengan hasrat agar peniaga-peniaga ini mampu untuk beroperasi di
    premis yang lebih baik setelah perniagaan mereka berkembang maju.

  2. Apakah dasar Kerajaan dalam pemberian lesen kepada peniaga-peniaga ini?

    Kerajaan Negeri telah pun melaksanakan program Lesen –Serta-merta untuk
    memudahkan aktiviti perniagaan yang tidak berisiko tinggi. Sebelum ini ramai
    peniaga yang mengemukakan aduan permohonan lesen mereka mengambil masa
    yang lama. Oleh sebab itu mereka terpaksa berniaga tanpa lesen semasa menunggu
    lesen mereka diproses. Walau bagaimanapun dengan adanya dasar Lesen Serta –
    Merta ia diharapkan dapat membantu para peniaga kecil mendapatkan lesen dengan
    cepat sekali gus mengurangkan premis-premis perniagaan tanpa lesen. Melalui
    program ini juga diharapkan golongan peniaga dapat mengambil peluang untuk
    memohon lesen dan memulakan perniagaan dengan cara yang sah

Lampiran

Tiada Lampiran.