Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009
165) PREMIS PERNIAGAAN OLEH PENDATANG ASING
Tahun: 2009
Sesi: 3
Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri
Adun: Y.B. Tuan Badrul Hisham Bin Abdullah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan / langkah-langkah yang diambil oleh PBT / Kerajaan Negeri bagi membendung golongan pendatang asing yang membuka premis perniagaan tidak sah di Pelabuhan Klang/Bandar Sultan Suleiman?
Tindakan / langkah yang diambil oleh PBT / Kerajaan Negeri bagi membendung golongan pendatang asing yang membuka premis perniagaan tidak sah di Pelabuhan Klang / Bandar Sultan Suleiman ialah dengan menyita peralatan / barang-barang perniagaan. Bagi tempoh bulan Januari – September 2009, jumlah sitaan yang telah dilakukan adalah sebanyak 08 sitaan. Pecahan:
Januari – 01 sitaan.
Februari – 02 sitaan.
Mac – 02 sitaan.
April – 02 sitaan.
September – 01 sitaan. -
Apakah prosedur yang membolehkan mereka untuk berniaga?
Terdapat SOP yang disediakan oleh Majlis bagi membolehkan permohonan dibuat bagi menjalankan perniagaan yang sah di kawasan Majlis. Permohonan boleh dibuat dan akan dilesenkan mengikut Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPK 2007.
-
Pihak manakah yang bertanggungjawab yang menyemak dan meluluskan permohonan serta mengeluarkan lesen bagi membolehkan mereka berniaga?
Jabatan Pelesenan dan Penjaja adalah jabatan yang bertanggungjawab di MPK bagi mengeluarkan lesen tersebut.