Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
252) PREMIS PERJUDIAN MESIN SLOT DI KUALA SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah premis perjudian mesin slot di Kuala Selangor?
Setakat ini Majlis Daerah Kuala Selangor tidak pernah mengeluarkan lesen perniagaan bagi jenis perniagaan mesin slot perjudian.
-
Senaraikan premis perjudian yang dipantau secara ketat oleh MDKS?
Jika terdapat premis perjudian yang beroperasi di Daerah Kuala Selangor, premis tersebut akan dipantau dan diambil tindakan serta merta. Pada tahun 2016 sehingga Feb 2017 sebanyak 6 kali operasi telah dibuat dan sebanyak 77 set komputer berjaya disita.