Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
63) PREMIS PERJUDIAN
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Kerajaan Negeri Selangor telah melaksanakan dengan tidak membuka premis premis judi bola sepak dunia. Apakah sebab-sebab dasar ini dilaksanakan ?
Aktiviti perjudian bakal membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa PBT Selangor tidak akan meluluskan
lesen premis perjudian kepada mana-mana pemohon walaupun lesen dari Kerajaan
Persekutuan telah diperoleh. Dasar ini dilaksanakan demi memastikan bahawa
aktiviti perjudian sukan tidak di beroperasi di Negeri Selangor dan kesan negatif
daripada aktiviti ini dapat dibendung. Perjudian sukan ini adalah tidak sihat
memandangkan aktiviti sukan merupakan salah satu gaya hidup sihat yang perlu
diterapkan kepada generasi muda khususnya dan rakyat Selangor secara
keseluruhan. Apabila aktiviti sukan dikaitkan dengan perjudian, ia menimbulkan
percanggahan dan kekeliruan objektif sebenar aktiviti sukan diberikan fokus di
semua peringkat. -
Apakah premis-premis perjudian yang telah diluluskan dan terdapat dalam kawasan PBT Negeri Selangor juga akan ditutup. Jika tidak mengapa premis-premis perjudian yang disediakan perlu dikekalkan ?
Lesen bagi premis-premis perjudian sedia ada telah dikeluarkan semasa pentadbiran
dahulu dan premis –premis ini juga mempunyai lesen daripada Kerajaan
Persekutuan. Aktiviti perjudian yang dijalankan juga tidak secara langsung dikaitkan
dengan perjudian sukan yang menjadi permainan masyarakat awam. Oleh yang
demikian, Kerajaan Negeri belum bercadang untuk menutup premis-premis perjudian
ini.