Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010

115) PREMIS MAKANAN

Tahun: 2010

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan secara terperinci melalui Jabatan Agama Islam Negeri (JAIS) ataupun Majlis Agama Islam (MAIS) statistik berhubung premis halal yang telah diluluskan di negeri ini.

    Setakat 15 Oktober 2010, sebanyak 96 permohonan pensijilan halal telah diluluskan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Bagi kelulusan yang dikeluarkan oleh JAKIM bagi tempoh yang sama pula adalah sebanyak 740 permohonan.

  2. Sila senaraikan juga berapakah bilangan premis yang telah diambil tindakan kerana tidak mematuhi arahan Kerajaan Negeri.

    Sebanyak 29 operasi pemeriksaan / penguatkuasaan perbahasaan halal telah dijalankan oleh JAIS bersama agensi kerajaan lain yang berkaitan sepanjang tempoh Januari – September 2010 dan sebanyak 15 kes pula telah diambil tindakan penguatkuasaan dalam tempoh ini.

  3. Berapakah anggota atau pegawai penguatkuasa yang terlibat di negeri ini untuk memastikan pematuhan oleh premis-premis ini?

    Tugas penguatkuasaan sering memerlukan penglibatan pegawai teknikal (sains) bersama pegawai agama.. Tugas penguatkuasaan halal setakat ini dipertanggungjawabkan di bawah Unit Halal, Bahagian Penyelidikan & Pembangunan JAIS kerana hanya di unit sahaja terdapat pegawai teknikal berkenaan. Daripada 14 waran perjawatan yang telah diluluskan, Unit Halal mempunyai 10 pegawai pelbagai skim dan gred perkhidmatan. Tiada pengkhususan pegawai diwujudkan ketika ini bagi tugas penguatkuasaan. Walaubagaimanapun, 7 daripada 10 orang pegawai yang terlibat untuk tugasan luar pejabat (pemeriksaan premis) turut bertanggungjawab melaksanakan tugas penguatkuasaan mengikut keperluan semasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.