Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

63) PREMIS HARAM, PUSAT HIBURAN DAN RUMAH URUT

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Dato' Marsum Bin Paing

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapa premiskah yang telah diambil tindakan?

    Bilangan premis rumah urut/ pelacuran serta pusat judi yang telah dikenakan tindakan adalah seperti berikut:

    PBT BILANGAN PREMIS YANG TELAH DIKENAKAN

    TINDAKAN

    RUMAH URUT/ PELACURAN PUSAT JUDI
    MBSA 8 31
    MBPJ 37 232
    MPK 54 13
    MPAJ 39 396
    MPSJ 26 127
    MPS 12 11
    MPKj 26 40
    MPSp 2 170
    MDKL
    MDKS
    MDHS 15
    MDSB
    JUMLAH 204 1035

    * nota : sumber daripada PBT

  2. Bagaimana proses tindakan merampas premis dilakukan?

    Proses tindakan merampas premis yang melakukan kesalahan adalah:

    • Penyewa perlu mendapatkan kebenaran, persetujuan dan tandatangan daripada pemilik premis sebelum menjalankan perniagaan dan dikemukakan kepada PBT semasa permohonan lesen;
    • Jika didapati premis terbabit menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang, surat amaran akan dikeluarkan dan tindakan pembetulan perlu dilakukan dalam tempoh 14 ke 21 hari;
    • Sekiranya gagal melakukan tindakan pembetulan, amaran seterusnya akan diberikan untuk tempoh 3 – 4 bulan;
    • Sekiranya masih ingkar, notis merampas premis atau hartanah (Borang 7A) akan dikeluarkan kepada pemilik premis.

Lampiran

Tiada Lampiran.