Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013
63) PREMIS HARAM MESIN JUDI
Tahun: 2013
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyakkah premis haram mesin judi, mesin kuda yang terdapat di Negeri Selangor dan senaraikan mengikut lokaliti pihak berkuasa tempatan.
Berikut adalah bilangan senarai premis haram mesin judi dan mesin kuda mengikut PBT masing- masing :
BIL PBT JENIS PERNIAGAAN MESIN JUDI MESIN KUDA 1. MBSA 31 2. MBPJ 316 3. MPK – 4. MPAJ TIADA MAKLUMBALAS 5. MPSJ 582 6. MPS TIADA MAKLUMBALAS – 7. MPKJ TIADA MAKLUMBALAS 8. MPSP – – 9. MDKL – – 10. MDHS TIADA MAKLUMBALAS 11. MDKS – – 12. MDSB TIADA MAKLUMBALAS JUMLAH 929 -
Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak MPK untuk membanteras dan menutup terus premis-premis mesin kuda ini? Sejauh manakah keberkesanannya?
Tindakan yang telah diambil terhadap premis haram mesin judi dan mesin kuda adalah seperti berikut:
- Melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara berterusan.
- Mengadakan operasi bersepadu bersama lain-lain agensi seperti pihak PDRM.
- Membuat permohonan pemotongan bekalan elektrik kepada pihak Polis di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 (Akta 289).
i. PDRM – 2 kali. ii. Pejabat Agama Islam Klang – 3 kali. iii. Agensi Anti Dadah Kebangsaan – 1 kali. ——–
Jumlah 6 kali =====
Berikut adalah Statistik tindakan yang telah diambil bagi tempoh Januari hingga 31 Mei 2013 seperti berikut:
Bil Bulan Jumlah Pemeriksaan Tindakan Sita Kompaun 1. Januari 34 27 7 2. Februari 19 14 1 3. Mac 52 7 34 4. April 18 12 – 5. Mei 25 17 7 Jumlah 148 77 49 Statistik permohonan pemotongan bekalan elektrik bagi tempoh Januari hingga 31 Mei 2013 seperti berikut:
- Bulan Jan 2013 – 26 permohonan. ii. Bulan Feb 2013 – 13 permohonan. iii. Bulan Mac 2013 – 6 permohonan. iv. Bulan Apr 2013 – 12 permohonan.
- Bulan Mei 2013 – 17 permohonan.
———————–
Jumlah 74 permohonan
=============
Statistik tindakan bersama lain-lain agensi kerajaan bagi tempoh Januari hingga 31 Mei 2013 adalah seperti berikut: