Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

188) PREMIS BERSIH

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah takrifan premis bersih dan kategorinya di kawasan PBT?

    Takrifan premis bersih ialah premis yang digunakan bagi atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau pembaikan semula apa-apa makanan dalam keadaan yang tidak kotor dan tidak tercemar, kesucian dan kemurnian. (Sumber : Akta Makanan 1983 dan Kamus Dewan Edisi 4.0)

    Sistem penggredan premis makanan merupakan sistem kualiti yang dilaksanakan dalam penentuan tahap kebersihan premis makanan ( kategori kebersihan ) . Ianya adalah satu  program penambahbaikan terhadap program pemantauan kebersihan  yang sedia ada yang dilaksanakan oleh PBT. Kategori penggredan premis makanan di kawasan PBT tidak seragam dan berbeza antara satu sama lain. Perincian adalah seperti berikut :

    BIL MBSA JULAT MARKAH KATEGORI GRED
    1. MBSA 75% Hingga 100% A (Bersih)
    66% Hingga 74 % B (Memuaskan)
    51% Hingga 65% C (Kurang Memuaskan)
    0% Hingga 50% D (Tidak Memuaskan)
    2. MBPJ 75% Hingga 100% A (Bersih)
    61% Hingga 74 % B (Memuaskan)
    51% Hingga 60% C (Kurang Memuaskan)

     

    3. MPK 85%  Hingga 100% A (Premis Bersih)
    70% Hingga 84% B (Premis Bersih)
    50% Hingga 69% C (Memuaskan)
    0% Hingga 49% D (Tindakan penutupan akan dijalankan selepas pemeriksaan kali ke-2)
    4. MPAJ 75% Hingga 100 % Gred A (Sangat Bersih)
    65% Hingga 74% Gred B (Bersih)
    0% Hingga 64% Gred C (Tutup)
    5. MPSJ 90% Hingga 100% Gred A ( Baik, Bersih, Selamat Dan Memuaskan)
    70% Hingga 89% Gred B (Bersih Tetapi Masih

    Tidak Mencapai Tahap

    Kebersihan Maksima)

    60 % Hingga 69% Gred C (Sederhana)
    0 % Hingga 59% Premis Boleh Diambil Tindakan Penutupan
    6. MPS PBT tidak mempunyai definasi khas untuk takrifan kepada premis bersih. Walau bagaimanapun, PBT mengambil tindakan yang proaktif dengan melaksanakan sistem penggredan yang dianggap relevan dalam mengenalpasti tahap kebersihan premis makanan.
    7. MPSp 80% Hingga 100% A (Premis Bersih)
    65% Hingga 79% B (Premis Bersih)
    Kurang Daripada (<) 65 % Premis Makanan Boleh Di Ambil

    Tindakan Penutupan (Tidak

    Melebihi 14 Hari)

    8. MPKj 85% Hingga 100% Gred A
    70% Hingga 84% Gred B
    60% Hingga 69% Gred C
    0% Hingga 59% Arahan Tutup
    9. MDKL 76% Hingga 100% Gred A
    75% Hingga 50% Gred B
    Bawah 50% Gred C
    10. MDHS 91 % Hingga 100 % Gred A +
    81 % Hingga 90 % Gred A –
    71 % Hingga 80 % Gred B +
    61 % Hingga 70 % Gred B –
    51 % Hingga 60 % Gred C
    50 % ke bawah Tidak Layak
    11. MDKS 76% Hingga 100% Gred A (Sangat Bersih)
    50% Hingga75% Gred B (Bersih)
    0% Hingga 49% Gred C (Tutup)
    12. MDSB 80% Hingga 100% A (Premis Bersih)
  2. Apakah kriteria dan prosedur bagi mengiktiraf kebersihan sesebuah premis?

    Secara umumnya pemeriksaan dan penggredan tahap kebersihan premis makanan yang dijalankan adalah berdasarkan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Makanan 1983, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009, Undang-Undang Kecil Pelesenan Establisymen Makanan, dan lain-lain UUK atau garis panduan yang berkaitan.

    Penilaian tahap kebersihan premis makanan menggunakan Borang Pemeriksaan Premis dan kriteria pemeriksaan merangkumi perkara-perkara seperti  berikut :

    1. Kawalan proses
      • Titik kawalan kritikal (peringkat proses terpenting)
      • Spesifikasi pembekal dan pemeriksaan fizikal
      • Penyediaan dan pengendalian makanan
    2. Bangunan
      • Terletak jauh dari punca pencemaran. Lantai, dinding dan siling berkeadaan baik serta mendapat pengcahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.
    3. Pengendali makanan
      • Pemeriksaan kesihatan, latihan (Kursus Latihan Asas Pengendali Makanan) dan pakaian perlindungan serta amalan kebersihan bagi setiap pengendali makanan.
    4. Peralatan & perkakas makanan dan kawasan penyediaan makanan
      • Kesesuaian, kebersihan peralatan dan perkakas
      • Penyelenggaraan peralatan dan perkakas
      • Jenis peralatan dan perkakas
      • Penyimpanan peralatan dan perkakas
    5. Bekalan air
      • Punca bekalan air selamat, bersih dan mencukupi. Ais diperbuat daripada punca air selamat.
    6. Kemudahan perparitan dan perpaipan
      • Menyediakan sistem pembuangan air limbah dan perangkap minyak yang efektif dan diselenggara serta tiada persilangan line dan aliran berbalik.
    7. Kemudahan pembersihan dan sanitasi
      • Tandas yang mencukupi dan berkeadaan baik serta mempunyai kemudahan persalinan / mandi dan mencuci tangan (pengering tangan, tuala pakai buang, sabun cecair).
    8. Pengurusan sampah / bahan sisa
      • Tong sampah yang bersih, berpenutup dan mencukupi serta tempat pengumpulan sampah diselenggara dengan efektif.
    9. Kawalan makhluk perosak
      • Menjalankan aktiviti kawalan serangga perosak yang efektif dan mencukupi.
    10. Pembersihan dan penyelenggaraan premis
      • Pembersihan / penyelenggaraan yang berjadual serta penyimpanan dan penyelenggaraan stor.
    11. Pengangkutan dan penghantaran dan lain-lain yang berkaitan
  3. Adakah sebarang insentif terhadap premis bersih di kategori terbaik?

    Premis yang mencapai status premis bersih akan diberikan insentif dalam bentuk Stiker Kebersihan Premis Gred A, B dan C untuk dipamerkan semasa aktiviti penggredan dijalankan berserta sijil.

Lampiran

Tiada Lampiran.