Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

177) PRASARANA DAN KEMUDAHAN AWAM

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Selain LRT3 yang terbaru, apakah perancangan kerajaan untuk meningkat akses kemudahan awam?

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha menambahbaik kualiti dan mutu perkhidmatan pengangkutan awam yang disediakan. Bagi tujuan penambahbaikan, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan pelaksanaan inisiatif Mobiliti Selangor, merangkumi pelaksanaan program/ aktiviti melibatkan pengangkutan dalam memenuhi keperluan First Mile Last Mile, tidak hanya memfokuskan mod pengangkutan semata-mata seperti sistem bas, rel, teksi mahu pun e-hailing, tetapi melibatkan keterangkuman semua aspek di dalam satu ekosistem yang turut melibatkan infrastruktur lain, contohnya perhentian bas, hub pengangkutan awam, mikromobiliti, e-scooter, malahan laluan pejalan kaki. Pada tahun 2023, Kerajaan Negeri telah memulakan Projek Rintis Demand-Responsive Transit (DRT) iaitu penggunaan van atau bas bersaiz kecil untuk menyokong perkhidmatan Bas Smart Selangor, di mana penggunaan DRT akan membantu capaian pengangkutan awam di kawasan-kawasan berkepadatan tinggi dan laluan sempit yang sukar dilalui oleh bas bersaiz besar. Kerajaan Negeri juga adalah dalam usaha untuk menambahbaik kemudahan infrastruktur pengangkutan awam termasuk laluan pejalan kaki yang menghubungkan lokasi-lokasi tumpuan dan hab pengangkutan bagi meningkatkan akses dan capaian kepada pengangkutan awam yang disediakan.

  2. Berapa peratus kadar penggunaan vs kapasiti kenderaan pengangkutan awam?

    Data berkaitan pengangkutan awam yang berada di bawah seliaan Kerajaan Negeri adalah berkaitan dengan perkhidmatan Bas Smart Selangor. Kapasiti penggunaan Bas Smart Selangor adalah berbeza mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdasarkan kekerapan trip perjalanan, jumlah laluan, jumlah bas dan kapasiti bas yang digunakan. Secara purata, peratus kadar penggunaan berbanding kapasiti Bas Smart Selangor yang disediakan adalah 39.64% (purata 698 ribu penumpang berbanding kapasiti penuh 1.593 juta penumpang sebulan) dengan perincian seperti berikut:

     

    PBT JUMLAH LALUAN KAPASITI PENUH PENUMPANG

    (ORANG)

    PURATA PENGGUNA/ BULAN

    (ORANG)

    PERATUS PENGGUNAAN VS KAPASITI

    (%)

    MBSA 10 laluan 312,000 168,629 54.05
    MBPJ 6 laluan 235,200 211,527 89.93
    MBSJ 5 laluan 201,600 63,753 31.62
    MPK 7 laluan 81,000 32,934 40.66
    MPAJ 5 laluan 304,800 63,345 20.78
    MPKJ 4 laluan 124,800 43,751 35.06
    MPS 5 laluan 104,400 33,315 31.91
    MPSP 4 laluan 74,400 38,151 51.28
    MPKL 2 laluan 31,200 8,798 28.20
    MPKS 2 laluan 37,200 13,605 36.57
    MPHS 4 laluan 440,400 9,832 17.07
    MDSB 3 laluan 28,800 11,107 38.57
    JUMLAH 1,593,000 698,747 39.64

Lampiran

Tiada Lampiran.