Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
110) PPRT DI BAWAH PKPS
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Program sosial PKPS melalui pembinaan rumah rakyat termiskin (PPRT) dari tahun 2004 hingga 2008 melibatkan 144 buah. Sila kemukakan pertaburan PPRT ini menurut DUN.
Pertaburan peserta di bawah tajaan PKPS mengikut DUN adalah seperti berikut:-
Daerah /DUN
2004 2005 2006 2007 2008 1. Sabak Bernam a. Sabak
13
20
5
11
b. Sg. Panjang 6 7 2 2 c. Sekinchan 1 5 1 6 d. Sg. Air Tawar 6 4 4 2 2. Kuala Selangor a. Bkt Melawati
1
b. Jeram 1 c. Sungai Burong 1 3. Petaling a. Paya Jaras
3
b. Seri Serdang 4 c. Kota Anggerik 2 Daerah /DUN
2004 2005 2006 2007 2008 4. Gombak a. Hulu Klang
1
7
b. Gombak Setia 4 c. Kuang 2 d. Rawang 2 5. Hulu Langat a. Semenyih
1
b. Dusun Tua 3 6. Hulu Selangor a. Kuala Kubu Baharu
3
7. Kuala Langat a. Morib
2
b. Tanjong Sepat 8 8. Sepang a. Dengkil
3
b. Sungai Pelek 1 9. Klang a. Sementa
1
b. Seri Serdang 2 JUMLAH 30 38 19 22 35 -
Berapa peratuskah PPRT ini yang diagihkan kepada keluarga bukan Melayu?
Peratus agihan bantuan kepada keluarga bukan Melayu bagi tempoh 2004 – 2008
adalah seperti berikut:-
Melayu Bukan Melayu JUMLAH Orang % Orang % Orang 2004 30 100 0 0 30 2005 38 100 0 0 38 2006 17 89 2 11 19 2007 22 100 0 0 22 2008 33 94 2 6 35 JUMLAH 140 97 4 3 144 -
Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk menyelaraskan pembinaan PPRT di bawah anak-anak syarikat kerajaan yang lain?
Program PPRT ini merupakan program Kerajaan Negeri yang diberi nama Program Kerajaan Prihatin. Pada 15 Januari 2003, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) telah bersetuju supaya dilaksanakan bagi memastikan rakyat termiskin di Negeri Selangor dapat menikmati kehidupan yang sempurna dan selesa.
Sehubungan dengan itu, Pejabat Daerah di seluruh Negeri Selangor diminta mengenal pasti kelompok-kelompok termiskin dan kelompok lain yang memerlukan bantuan perumahan di daerah masing-masing serta menepati kriteria-kriteria yang ditetapkan untuk dibuat pemilihan oleh jawatankuasa yang ditubuhkan bagi diberi bantuan yang sepatutnya.
Kerajaan Negeri juga telah melantik anak-anak syarikat Kerajaan Negeri yang terdiri daripada PKNS, PNSB, KDEB, PKPS, MAIS, PUAS dan TNB bagi menaja kos pembinaan dan membaik pulih rumah-rumah penerima bantuan.