Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

169) PPRESTASI KEWANGAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status prestasi kewangan Negeri setakat suku Ke-2 2021 berbanding suku Ke-2 2020?

    Prestasi Kewangan Kerajaan Negeri setakat suku ke-2 2021 atau sehingga 30 Jun 2021 telah merekodkan kutipan hasil sebanyak RM1,316.58 juta atau 59.84 % daripada jumlah anggaran tahun 2021 iaitu sebanyak RM2,200 juta. Prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan sehingga 30 Jun 2021, masing-masing merekodkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM571.44 juta atau 46.84% daripada RM1,220.00 juta yang dibelanjawankan  dan RM382.63 juta atau 34.69% daripada  RM1,103 juta yang dibelanjawankan.  Jumlah keseluruhan perbelanjaan mengurus dan pembangunan adalah berjumlah RM954.08 juta atau 41.07% daripada keseluruhan belanjawan tahun 2021 sebanyak RM2,323 juta.  Rezab Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Wang Disatukan sehingga 30 Jun 2021 merekodkan angka sebanyak RM3,139.88 juta yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM906.21 juta dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM2,233.67 juta. Secara perbandingan, Prestasi Kewangan Kerajaan Negeri pada tempoh yang sama merekodkan kutipan hasil sebanyak RM1,527.61 juta atau 69.44 % daripada jumlah anggaran tahun 2020 iaitu sebanyak RM2,200 juta. Prestasi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tempoh tersebut juga, masing-masing merekodkan jumlah perbelanjaan sebanyak RM586.02 juta atau 48.84% daripada RM1,200.00 juta yang dibelanjawankan  dan RM362.20 juta atau 31.97% daripada  RM1,133 juta yang dibelanjawankan.  Ini bermakna keseluruhan perbelanjaan mengurus dan pembangunan adalah berjumlah RM948.22 juta atau 40.64% daripada keseluruhan belanjawan tahun 2020 sebanyak RM2,333 juta.  Rezab Kerajaan Negeri sehinga 30 Jun 2020 melalui Kumpulan Wang Disatukan merekodkan angka sebanyak RM2,832.28 juta yang terdiri daripada Akaun Hasil Disatukan berjumlah RM929.08 juta dan Akaun Amanah Disatukan berjumlah RM1,903.20 juta.

  2. Apakah usaha Kerajaan dalam memastikan tahap prestasi kewangan dalam keadaan baik?

    Kerajaan Negeri sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kewangan melalui peningkatan di dalam prestasi kutipan hasil cukai serta melaksanakan strategi kawalan perbelanjaan yang berhemah bagi penuntukan mengurus dan pembangunan agar tiada pembaziran dan ketirisan berlaku.  Strategi ini adalah penting agar segala dasar dan program yang dirancang dapat dilaksanakan untuk kebajikan rakyat Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.