Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
205) PPR SEKSYEN 8 KOTA DAMANSARA
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah permohonan yang masih di dalam senarai menunggu bagi PPR Kota Damanasara?
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah permohonan yang masih di dalam senarai menunggu bagi PPR Kota Damansara adalah seramai 334 permohonan setelah ditolak permohonan yang gagal dihubungi. Mereka ini perlu menghadiri sesi temuduga bagi proses tapisan kelayakan namun tertakluk kepada kekosongan unit yang boleh ditawarkan.
-
Berapakah jumlah kekosongan di PPR Kota Damansara?
Berdasarkan bancian dan pemeriksaan unit kosong yang dibuat oleh Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd (PHSSB) pada akhir bulan September 2024 adalah sebanyak 76 unit yang masih kosong. Berdasarkan unit kosong yang dikenalpasti terdapat juga berlaku kerosakan yang memerlukan pembaikan yang besar atau ‘major’ disebabkan terdapat segelintir penyewa yang keluar daripada sewaan unit tanpa memaklumkan kepada pengurusan PHSSB dengan meninggalkan unit tersebut dalam keadaan rosak dan dipenuhi barang-barang terbuang serta berkeadaan kotor.
Pada tahun 2024, peruntukan yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri melibatkan kos pembaikan sebanyak 23 unit dengan kerja sedang dilaksanakan pada masa kini sebelum kemasukan penyewa dibuat. Manakala kerja baikpulih bagi baki 53 unit akan dilaksanakan secara berperingkat menggunakan peruntukan tahun 2025.
-
Apakah tindakan kerajaan terhadap sewa atas sewa dan berapa jumlah yang telah diberi notis kekosongan?
Berkenaan tindakan kerajaan terhadap kes melibatkan sewa atas sewa, PHSSB telah mengambil tindakan dengan menjalankan operasi bancian unit ke unit pada bulan Januari 2024, Februari 2024 dan terbaru pada September 2024 bagi beberapa unit yang masih belum dibanci kerana ketiadaan di rumah semasa bancian awalan dijalankan.
Daripada operasi bancian tersebut, PHSSB telah mengenalpasti unit-unit yang dihuni oleh bukan penama atau sewa atas sewa (‘sublet’) termasuk juga berdasarkan aduan daripada penduduk PPR sendiri. Sehubungan itu, tindakan penamatan penyewaan/ pemutihan telah diambil ke atas penyewa terlibat.
Sebagai makluman Yang Berhormat, tindakan pemutihan adalah operasi rutin dan senantiasa dijalankan secara berterusan oleh pihak PHSSB bagi membendung kegiatan aktiviti ‘sublet’ di PPR. Kerjasama daripada penduduk PPR sendiri adalah penting dalam melaporkan perkara tersebut kepada pihak LPHS dan PHSSB bagi menangani isu ‘sublet’ dan tindakan tegas akan diambil terhadap penyewa terlibat.
Pada tahun 2024, sebanyak 15 notis telah dikeluarkan kepada penyewa bagi kesalahan ‘sublet’ dengan status seperti berikut :