Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
52) PPR LEMBAH SUBANG
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah kos keseluruhan yang telah dibelanjakan Kerajaan Selangor untuk bantu PPR?
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengeluarkan perbelanjaan berjumlah RM50,259,661.68 dalam menguruskan PPR Lembah Subang 1 sejak tahun 2002 sehingga September 2016
-
Apakah masalah sebenar yang menyebabkan Kerajaan Negeri perlu mengeluarkan peruntukan ini dan sejauhmanakah kerajaan pusat membantu untuk menyelesaikan masalah ini?
Semua kos-kos penyelenggaraan dan pengurusan di PPR Taman Putra Damai adalah dibiayai sepenuhnya oleh MBPJ. Ini adalah untuk memastikan golongan orang kurang upaya / kurang berkemampuan dapat mendiami rumah
Kerajaan Pusat pernah mengeluarkan Dana dianggarkan berjumlah RM20 juta di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) pada tahun 2009 bagi kerja-kerja seperti berikut :
- Pembaikan 23 unit lif
- Pembaikan unit-unit kosong
- Pembaikan peralatan mekanikal dan elektrikal
- Penyediaan pagar bagi keseluruhan kawasan PPR mengikut Fasa
- Mengecat semua blok PPR
- Kerja-kerja infrastruktur