Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
66) PPAS
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Kenapakah kerajaan mengambil masa yang terlalu lama untuk menaiktaraf PPAS Lembah Jaya Selatan.
PENJENAMAAN SEMULA BANGUNAN-BANGUNAN PERPUSTAKAAN.
Perpustakaan kini telah ditransformasikan menjadi hub ilmuan, hub pendidikan dan pusat tumpuan komuniti (community centric) dengan konsep Penjenamaan Semula Perpustakaan (rebranding) dan Perpustakaan sebagai Rumah Kedua Ku (Library My Second Home).
Matlamat utama adalah bagi membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah dan gejala sosial. Bermula pada tahun 2009, bangunan-bangunan perpustakaan mula dijenamakan, dengan konsep yang lebih menarik melibatkan:-
- Buku-buku dan bahan penyelidikan terkini(termasuk pembangunan koleksi bahasa cina dan tamil di sebahagian perpustakaan yang dijenama semula)
- Infrastruktur
- Ruang bacaan yang lebih santai
- Perabot yang serba moden
- Perkhidmatan multimedia
- Internet dan wifi percuma,
- Pusat siber rakyat,
- Kemudahan kafetaria dan surau serta tandas yang
Perpustakaan Desa Lembah Jaya adalah perpustakaan yang dibaikpulih dengan konsep penjenamaan semula (rebranding) dan telah berjaya menjadikan lebih ramai masyarakat berminat untuk menuntut ilmu.
Bangunan ini merupakan salah sebuah pusat perkhidmatan desa yang telah mula beroperasi sejak tahun 2005. Bangunan ini terletak didalam kawasan masjid di Kg Lembah Jaya. Keadaan perpustakaan ini uzur dan memerlukan penambahbaikan luaran dan dalaman. Perpustakaan ini telah disenaraikan dalam Projek Perpustakaan yang dibiayai oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad bagi yang memenuhi konsep Rebranding PPAS.
Kerja-kerja pengubahsuaian di bangunan perpustakaan Desa Lembah Jaya, Ampang, Selangor bermula pada 25 Mac 2013 dan telah disiapkan dalam yang ditempoh tetapkan serta mengikut spesifikasi kerja yang telah dinyatakan dalam tawaran sebutharga dan telah siap proses pengubahsuaian pada 13 November 2013.
Malangnya, pada 21 Januari 2014 telah berlaku kecurian (kuprum) yang menyebabkan 7 unit (2.0 HP) di Perpustakaan tersebut rosak. Pihak PPAS telah membuat laporan Polis dan PPAS telah menggantikan penghawa dingin yang baru bagi memastikan ruang perpustakaan dapat digunakan dengan selesa.
-
Senaraikan nama-nama kontraktor serta jumlah peruntukan yang telah keluarkan bagi membaikpulih perpustakaan tersebut.
Nama kontraktor bagi projek Kerja-kerja Pengubahsuaian di Bangunan Perpustakaan Desa Lembah Jaya, Ampang iaitu Teknokrat Teguh Construction, No.8, Tingkat Bawah, Blok 4, Jalan 13/7, Pusat Perniagaan Worldwide, 40675 Shah Alam, Selangor Darul
Kerja-kerja Pengubahsuaian Di Bangunan Perpustakaan Desa Lembah Jaya, Ampang, Selangor dengan Kos RM 97,069.22 (Ringgit Malaysia: Sembilan Puluh Tujuh Ribu Enam Puluh Sembilan dan Dua Puluh Dua Sen Sahaja)
Kerja-kerja pengubahsuaian di bangunan perpustakaan Desa Lembah Jaya, Ampang, Selangor telah bermula pada 25 Mac 2013 dan telah siap pada 13 November 2013 menyiapkan kerja dalam yang ditempoh yang tetapkan serta mengikut spesifikasi kerja.
-
Bilakah ianya akan dibuka.
Pada 2 September 2014 (Isnin), Perpustakaan Desa Lembah Jaya telah dibuka kepada orang ramai. Pengunjung perpustakaan boleh membuat proses keahlian dan pinjaman serta perlbagai aktiviti dijalankan sempena cuti
Berikut adalaah statistik keahlian & pengguna terhadap kemudahan perpustakaan di Perpustakaan Desa Lembah Jaya:-
Perkara Tahun 2014 (September-Oktoberr) Keahlian Baru 30 Orang Pinjaman Buku 302 naskah Pengunjung 519 Orang Aktiviti yang dijalankan sepanjang Pembukaan Perpustakaan tersebut:-
- Finger puppet
- Bola beracun
- Story telling (Semut Nabi Sulaiman S)
- Mari Bercerita (Bercakap Benar)
- Permainan Dam Haji
- Origami
PBT
Pemaju
Mukim / Daerah
Unit
Jangka Masa Siap MP Sepang
Plenitude Permai Sdn. Bhd. Mukim Dengkil, Daerah Sepang 448
2016
Permatanah Sdn. Bhd.
Mukim Dengkil, Daerah Sepang 244 2016 Pilihan Teraju, Sdn. Bhd. Mukim Dengkil, Daerah Sepang 120 2017 MBSA
Hicom Gamuda Sdn. Bhd. Mukim Klang, Daerah Klang 183 2017 Bandar Setia Alam Sdn. Bhd. (SP Setia Berhad) Mukim Bukit Raja, Daerah Petaling 650
2016
MPS Ratus Bayan Mukim Batu, Daerah Gombak
260 2017 JUMLAH 1,905