Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

48) POTONGAN CUKAI PINTU & PREMIS KOMERSIAL

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status semasa manifesto ini?

    Pelaksanaan dasar pengurangan (diskaun) cukai pintu kepada pemilik pangsapuri kos rendah telah dilaksanakan pada Penggal Kedua Cukai Taksiran Tahun 2012 (Julai – Disember 2012).

  2. Nyatakan jumlah pengurangan pendapatan PBT jika manifesto ini dilaksana?

    Dengan pelaksanaan diskaun 25 peratus bagi kediaman pangsapuri kos rendah berikut jumlah pengurangan hasil cukai di setiap PBT:

    Bil. PIHAK

    BERKUASA

    TEMPATAN

    JUMLAH UNIT PURATA KADAR

    CUKAI SATU UNIT

    PINTU

    (RM)

    NILAIAN

    DISKAUN

    25%

    (RM)

    JUMLAH

    NILAIAN

    DISKAUN

    25%

    (RM)

    1 MBSA 18,402 150.00 37.50 690,075.00
    2 MBPJ 19,322 117.00 29.25 565,168.50
    3 MPK 15,272 150.00 37.50 572,700.00
    4 MPSJ 28,816 145.00 36.25 1,044,580.00
    5 MPAJ 31,672 202.00 50.50 1,599,436.00
    6 MPS 21,695 129.50 32.38 702,484.10
    7 MPKJ 38,387 126.00 31.50 1,209,190.20
    8 MPSP 2,725 98.00 24.50 66,762.50
    9 MDHS 12,362 119.99 30.00 370,860.00
    10 MDKS 708 82.46 20.62 14,598.96
    11 MDKL 1,882 121.73 30.43 57,269.26
    12 MDSB Tiada Pangsapuri Kos Rendah
      Jumlah 191,243     6,893,124.82
  3. Sepanjang tempoh lima tahun lalu, adakah berlaku kenaikan cukai di PBT-PBT?

    Tiada berlaku kenaikan cukai di PBT Negeri Selangor sepanjang tempoh 5 tahun dari tahun 2008. Malahan bagi PBT yang berkemampuan seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah menurunkan kadar cukai taksiran bagi kediaman strata yang terdiri daripada apartmen dan kondominium sebanyak 2 peratus. Penurunan kadar yang dilaksanakan oleh MBPJ ini berikutan kemampuan kewangan MBPJ yang kukuh.

Lampiran

Tiada Lampiran.