Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

17) POTENSI UNICORN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Terdapat berapakah syarikat yang beroperasi di Selangor berpotensi menjadi sebuah Unicorn di masa akan datang?

    Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menyasarkan untuk melahirkan lima syarikat “unicorn” di negara ini dalam tempoh lima tahun akan datang.

    Platform e-dagang kereta bersepadu Carsome telah muncul sebagai syarikat “unicorn” pertama di negara ini pada 2021. Carsome telah bertapak di Selangor dan memulakan operasi pada tahun 2015.

    Selain Carsome yang muncul selaku syarikat “unicorn” pertama negara dengan nilai melebihi AS$1 bilion, terdapat beberapa syarikat pemula di Selangor yang berpotensi menjadi sebuah “unicorn” pada masa akan datang.

    Syarikat “soonicorn” iaitu syarikat yang berpotensi untuk menjadi “unicorn” dan bernilai AS$100 juta adalah seperti Aerodyne, Dropee, Fave, TheLorry dan Naluri Hidup.

    Dropee merupakan bekas peserta program pemecut Selangor iaitu Selangor Accelerator Programme (SAP). Daripada 120 syarikat pemula yang telah menyertai program ini, 41 telah menerima pembiayaan, mewakili kadar kejayaan sebanyak 34%.

    Mencari lebih ramai syarikat yang berpotensi dalam hasrat untuk memupuk syarikat “unicorn” di negeri ini adalah penting kerana ia akan menyumbang kepada inovasi, penciptaan pekerjaan dan seterusnya penciptaan kekayaan.

    Oleh kerana populasi dan saiz pasaran kita yang tidak seluas negara Asia Tenggara yang lain, usahawan Malaysia juga perlu meluaskan pasaran mereka ke serantau untuk mencapai status “unicorn”

  2. Apakah syarikat-syarikat berkenaan dan jenis perniagaannya?

    1. Syarikat – syarikat yang berkenaan dan jenis perniagaannya seperti berikut;-

     

    Syarikat Jenis perniagaan
    Aerodyne Pengurusan dron
    Dropee Platform borong perniagaan ke perniagaan (B2B), pembekal penyelesaian e-dagang
    Fave Platform teknologi kewangan (fintech)
    TheLorry Platform logistik
    Naluri Hidup Kecerdasan Buatan (AI), penjagaan kesihatan

     

    Sumber : Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC)

Lampiran

Tiada Lampiran.