Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
35) POTENSI PENDIDIKAN
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mempertingkatkan potensi pendidikan anak-anak Selangor, dan menarik lebih ramai pelajar khususnya bagi institusi UNISEL dan KUIS?
a) 1. Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengambil inisiatif untuk meningkat potensi pendidikan anak-anak Selangor dengan bekerjasama dengan pelbagai pihak. Bagi menggalakkan anak-anak Selangor melanjutkan pelajaran ke peringkat pendidikan tinggi Kerajaan Negeri menyediakan pelbagai bantuan seperti Hadiah Masuk Universiti (HPIPT) sebanyak RM1,000.00 dan pinjaman pelajaran tanpa faedah bagi yang berkelayakan untuk meningkatkan tahap pendidikan di kalangan anak Selangor. 2. Selain itu, kerjasama erat di antara Kerajaan negeri dengan Selangor Human Resource Development Center (SHRDC) serta turut menjalinkan kerjasama secara langsung dengan pihak industri di Selangor bagi memperkasa para graduan daripada institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri. Pelaksanaan program seperti Big Data Analytics, Cloud Computing, Automation System, Internet of Things (IoT) dan Smart Manufacturing merupakan antara program yang telah dijalankan di UNISEL untuk meningkatkan kemahiran dan keboleh pasaran para graduan.
3. Untuk menarik lebih ramai pelajar menyambung pengajian di UNISEL dan KUIS, pelbagai usaha telah, sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri dan kedua-dua institusi ini. Program Derma Siswa yang bermula Januari 2016 merupakan satu inisiatif yang telah dibuat bagi menarik pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran ke
UNISEL bagi pengajian tahun asas. Sehingga kini sebanyak 623 telah
menerima manfaat daripada program derma siswa ini.
- Hari terbuka universiti juga merupakan inisiatif yang dilakukan oleh UNISEL bagi memperkenalkan UNISEL kepada masyarakat dengan penganjuran pelbagai aktiviti dan pameran dan penerangan daripada setiap fakulti di dalam
- Manakala usaha bagi meningkatkan kemasukan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) telah menubuhkan Sekretariat Pemasaran dengan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun bagi mempromosi KUIS kepada masyarakat. Antara program yang dijalankan ialah Gerak Gempur pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga program motivasi di sekolah. Selain itu, penggunaan media massa dan media cetak dalam pengiklanan juga dipergiatkan dengan jalinan kerjasama di antara KUIS dengan Karang kraf dan Utusan Karya. Perlaksanaan program jelajah ke seluruh negara bagi memperkenalkan KUIS kepada masyarakat juga dilaksanakan dengan melibatkan pensyarah dan kakitangan KUIS secara keseluruhannya.
- Di samping itu, penganjuran Program Bakti Siswa juga merupakan inisiatif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dengan melibatkan mahasiswa dan pentadbir universiti untuk melaksanakan program kemasyarakatan seperti gotong-royong, perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma dan program motivasi pelajar. Hal ini secara langsung dapat mempromosikan institusi pengajian di bawah kerajaan negeri kepada masyarakat serta dapat memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai kehidupan sebenar di dunia
- Program Jelajah IPT yang melibatkan pelajar-pelajar Program Tuisyen Rakyat (PTRS) dengan aktiviti lawatan sambil belajar ke UNISEL dan KUIS untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan bidang yang ditawarkan serta peluang-peluang untuk melanjutkan pengajian dan hal ini secara tidak langsung dapat mempromosikan kedua-dua IPT tersebut kepada
- Oleh itu, dengan kerjasama semua pihak diharap usaha ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan negeri malah dapat meningkat kualiti pendidikan di Negeri Selangor seterus dapat melahirkan modal insan yang berkualiti seiring dengan pembangunan Negeri
-
Berapakah jumlah pelajar di kedua-dua institusi berkenaan?
Jumlah pelajar yang menuntut di Universiti Selangor (UNISEL) ialah seramai 9,438 orang manakala jumlah pelajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) sebanyak 9,567 orang dan jumlah keseluruhan bagi kedua- dua institusi ini ialah 19,005 pelajar. -
Berapakah peruntukan yang telah dikeluarkan setakat ini?
- Dalam usaha meningkat kualiti pendidikan tinggi di Selangor setaraf dengan negara maju sejumlah peruntukan kepada UNISEL telah diperuntukkan dengan geran sebanyak RM21.5 juta serta pinjaman sehingga Oktober 2017 ialah sebanyak RM36.2 juta dan jumlah keseluruhan sebanyak RM57.7 juta.
- Peruntukkan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri kepada Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berjumlah RM8 juta sebagai geran dan pinjaman sebanyak RM48.5 juta dan jumlah keseluruhan ialah RM56.5 juta