Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
332) POTENSI KAWASAN PELANCONGAN DI KAMPUNG ORANG ASLI BUKIT TADOM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Seri Jamil Bin Salleh
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha kerajaan untuk memberi perhatian kepada kawasan tarikan pelancong seperti di Tadom Hill Resort supaya ianya dapat diperkenalkan sehingga ke peringkat antarabangsa kerana kedudukannya berhampiran KLIA dan memiliki suasana yang cantik dengan bangunan berasaskan buluh?
Majlis Perbandaran Kuala Langat tidak pernah mempromosikan lokasi tersebut. Walau bagaimanapun lokasi tersebut popular sehingga diperingkat antarabangsa hasil daripada promosi mulut ke mulut dan media swasta seperti kumpulan Media Prima dan menjadi hantaran yang sohor kini oleh pempengaruh media sosial.
MPKL berpendirian perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih lanjut dengan pihak-pihak berkepentingan lain lebih-lebih lagi lokasi tersebut berada di kawasan Orang Asli. Selain itu, lokasi ini sangat berisiko tinggi dan segala aktiviti di Tadom Hill Resort tidak mendapat pengesahan keselamatan oleh agensi BOMBA dan agak sukar untuk membuat tuntutan insurans jika berlaku kemalangan di lokasi.