Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
299) PORTFOLIO PENDIDIKAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar dan perancangan Program EXCO bagi portfolio Pendidikan Negeri Tahun 2015?
Rancangan portfolio pendidikan akan bertunjangkan meningkatkan kualiti dan akses pendidikan sepanjang hayat bagi semua rakyat Selangor. Dasar-dasar sedia ada seperti TUNAS; Peruntukan Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil; Hadiah Anak Masuk IPT; Tabung Biasiswa Negeri Selangor; dan Tabung Biasasiswa dan Sara Diri Khas UNISEL akan diteruskan. Jawatankuasa Tetap Pendidikan akan mengadakan temurapat pada bulan Januari bagi merancang dasar pendidikan jangka panjang bagi Negeri Selangor.
-
Apakah perancangan dan dasar turut menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025?
Ada idea baik di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Namun pelan tersebut tidak mempunyai prioriti yang jelas dan masih membawa pendekatan pemusatan kuasa. Kuasa kerajaan negeri misalnya, atau pihak berkuasa tempatan dan sekolah sendiri dalam menentukan dasar hampir tidak wujud sama sekali. Model Perlembagaan yang mungkin relevan pada zaman kemerdekaan dari sudut pendidikan masih lagi menjadi pendekatan Kerajaan Persekutuan.
-
Bagaimanakah pencapaian portfolio Pendidikan Tahun 2014?
Pencapaian portfolio pendidikan pada tahun 2014 adalah seperti berikut:
Bil Program Jumlah peruntukan Penerima manfaat 1 Program Tuisyen Rakyat Selangor
RM 3.4 juta 3650 orang 2. Skim Tunas Selangor RM 3,329,555 6823 orang 3. Program Pendidikan RM 1.5 juta 10,000 orang 4. Program Bantuan Sekolah RM 16 juta 491 buah sekolah