Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
18 Mac 2019 - 25 Mac 2019
146) PORTFOLIO PENDIDIKAN
Tahun: 2019
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari 2016-2018?
- Jumlah peruntukan portfolio ini dari 2016 – 2018 adalah seperti berikut :
TAHUN JUMLAH PERUNTUKAN 2016 RM 26,000,000.00 2017 RM 37,000,000.00 2018 RM 39,000,000.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 102,000,000.00 -
Senaraikan semua program dibawah portfolio ini pada tahun 2018?
- Senarai program dibawah portfolio ini pada tahun 2018 adalah seperti berikut:
BIL NAMA PROGRAM 1. Program Kesedaran dan Pencegahan Gejala Sosial – Generasi Berimpak (Gempak Selangor) – Pertandingan Mewarna. 2. Program Teknik Belajar Yang Berkesan (Smart Learning) di seluruh Negeri Selangor. 3. Program Kecemerlangan UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) Di Seluruh Negeri Selangor. 4. Program Ramah Mesra (Networking)bersama Penerima bantuan Sekolah (Sekolah Agama Rakyat) Seluruh Negeri Selangor Fasa 1 Tahun 2018. 5. Program Pemberdayaan Profesionalisme Pengusaha Pendidikan Awal Kanak-kanak Negeri Selangor. BIL NAMA PROGRAM 6. Program Syarahan Perdana Pendidikan Negeri Selangor. 7. Seminar Pemikiran Tokoh Pemikir : Zaaba dan Hamka. 8. Hari Ilmu Dan Pesta Buku Negeri Selangor Tahun 2018. 9. Program Seminar Pedagogi Pendidikan Islam Abad Ke-21 Negeri Selangor. 10. Seminar Integriti Dalam Pendidikan Negeri Selangor Tahun 2018. 11. Program Galakan Membaca Negeri Selangor. 12. Pertandingan Tilawah AL-Quran Braile Peringkat Kebangsaan Tahun 2018. 13. Program Perdana Bersama Pelajar Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2018. 14. Program Pemantapan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Negeri Selangor 2018. 15. Pertandingan Debat dan Pidato Piala EXCO Pendidikan Negeri Selangor. 16. Program Pecutan Akhir Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 17. Program Karnival Pendidikan Selangor Tahun 2018. 18. Program Tuisyen Rakyat Selangor. 19. Program Tuisyen Online. 20. Program Skim Tunas. - Program Bantuan Pendidikan Negeri Selangor.