Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

168) PORTFOLIO PEMUTIHAN KILANG HARAM

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2016

    Peruntukan bagi Jawatankuasa Tetap Penyelesaian Kilang Haram di Negeri Selangor adalah sebanyak RM100,000.00 setiap tahun.

     

  2. Senaraikan semua program di bawah portfolio ini pada tahun 2016 serta kosnya

    Peruntukan bagi Jawatankuasa Tetap Penyelesaian Kilang Haram di Negeri Selangor digunakan untuk mengadakan mesyuarat, bengkel, pembelian barangan/peralatan dan sebagainya yang berkaitan dengan jawatankuasa tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.