Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

198) PORTFOLIO PEMBANGUNAN WANITA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2017

    Kerajaan Negeri Selangor senantiasa menumpukan pelbagai usaha pembangunan kapasiti wanita di setiap peringkat pelaksanaan tanpa menghadkan kepada portfolio Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita sahaja. Semua program dan polisi yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri turut memberi penumpuan kepada penglibatan wanita secara keseluruhan sama ada dalam program-program keusahawanan, pendidikan, kesihatan, pertanian dan sebagainya. Usaha memperkasakan wanita di Selangor diperkuatkan lagi dengan kewujudan portfolio khusus untuk wanita iaitu melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga dengan peruntukan sebanyak RM3,000,000.00 setahun bagi melaksanakan program-program pembangunan wanita dan keluarga di Selangor.

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah diberikan sejumlah peruntukan bagi melaksanakan program-program pembangunan dan pemberdayaan wanita dan keluarga di Selangor seperti berikut :-

    i) Peruntukan Pembangunan/ Pemberdayaan Wanita dan Keluarga

     

    Bil Tahun Kod Peruntukan Jumlah Peruntukan

    (RM)

    1. 2014 P01 – 07013 1,000,000.00
    2. 2015 P01 – 07013 1,000,000.00
    3. 2016 P01 – 06001 3,000,000.00
    4. 2017 P01 – 06001 3,000,000.00

    ii) Peruntukan Skim Kesihatan Wanita (SKW)

    Bil Tahun Kod Peruntukan Jumlah Peruntukan

    (RM)

    1. 2014 P01 – 02003 1,000,000.00
    2. 2015 P01 – 02003 1,000,000.00
    3. 2016 P01 – 18002 1,000,000.00
    4. 2017 P01 – 18002 1,000,000.00

    iii)  Peruntukan bagi Pusat Khidmat Krisis Sehenti atau One Stop Crisis Centre (OSCC)

    Bil Tahun Kod Peruntukan Jumlah Peruntukan

    (RM)

    1. 2014 P01 – 02003 50,000.00
    2. 2015 P01 – 02003 50,000.00
    3. 2016 P01 – 18002 50,000.00
    4. 2017 P01 – 18002 50,000.00

     

  2. Senaraikan semua program di bawah portfolio ini pada tahun 2016 serta kosnya

    Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Selangor amat peka terhadap pembangunan wanita di Selangor. Justeru itu, sepanjang tahun 2016 pelbagai program telah dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan dalam Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2016. Berikut adalah antara program-program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2016 :-

    Bil Program Kos (RM)
    1. Program-program PWB 1,680,000.00
    2. Program Pelancaran Kempen #heforshe Dan Majlis Ramah Mesra Dato’ Menteri Besar Bersama Para Pembuat Dasar Wanita Selangor pada 2 Februari 2016 di De Palma Shah Alam. 59,300.00
    3. Program Big Girls Talk anjuran bersama Sisterhood (NGO) pada 31 Mei 2016 di De Palma Shah Alam. 53,870.00
    4. Seminar Hak & Keselamatan Kanak-Kanak Selangor 2016 pada 15 Oktober 2016 (Ahad) di De Palma Shah Alam 82,300.00
    5. Seminar Literasi Media Perlindungan Kanak-Kanak Selangor 2016 pada 25 Ogos 2016 di De Palma Shah Alam. 47,400.00
    6. Program Konvensyen Kepimpinan Wanita Negeri Selangor Tahun 2016 “Sustainable Development Goals: No One Left Behind” pada 22 Nov 2016 di Holiday Villa Subang Jaya. 130,200.00
    7. Program Ihyar Ramadhan – Diskusi Muslimat sepanjang bulan Ramadhan. 100,000.00
    8. Pertandingan Futsal Sempena Sambutan Hari Wanita 2016 di MPAJ pada 27 Mac 2016. 3,000.00
    9. Kursus Simplified Facebook Marketing pada 14 Ogos 2016 di Unisel. 23,220.00
    10. Kursus Advance Marketing pada 2 Okt 2016 di Dewan MBSA Setia Alam. 26,000.00
    11. Program Pemberdayaan Wanita Selangor Model Pengenalan Asas Kepada Aset-Based Community Development (ABCD) pada 3 dan 4 Sept 2016 di De Palma Ampang. 54,270.00
    12. Seminar Keluarga Dalam Pelaksanaan Syariah 2016 pada 26 Mac 2016 di Dewan JAKESS. 16,067.00
    13. Program Pemantapan Organisasi Pusat Wanita Berdaya (PWB) Selangor 2016 pada 8-10 Jan 2016 di Hotel Impian, Morib. 38,780.00
    14. Program Pengurusan Organisasi berdasarkan KPI & KRA Wanita serta Majlis Penyampaian watikah Pelantikan Para Penyelia PWB Selangor bagi sesi 2016 – 2018 pada 1 Okt 2016 di Hotel Acapella Shah Alam. 58,556.00
    15. Program Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2016 – #PLEDGEFORPARITY  pada 22 Mac 2016 di Grand Dorsett Subang Jaya. 70,800.00
    16. Penganjuran Bersama Program Acara Larian Malaysia – WOMEN MARATHON 2016 pada 6 Mac 2016 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. 20,000.00
    17. Humanitarian Care Malaysia (MYCARE) Bagi Penganjuran Bersama Program Rose2RoseKarnival Dan Walk For Humanity 2016 pada 10 Apr 2016 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. 15,000.00
    18. Program Mammogram Selangor (MAMMOSEL) 2016 Dan Majlis Penyerahan Surat Rakan Kerjasama Mammogram Selangor pada 28 Feb 2016 di Padang Flat Desa Mentari Petaling Jaya. 48,700.00
    19. Forum : Menangani Stress pada 3 Disember 2016 di Grand Dorsett Subang Jaya. 81,750.00
    20. Program Big Girls Talk dan HeForShe di Daerah-daerah dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terpilih. 54,000.00
    21. Program Image Editing Berkesan Penganjuran Bersama Pertubuhan Sahabat Penyayang Selangor pada 17 & 18 Disember 2017 di Hotel Carlton Shah Alam 13,700.00
  3. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu meningkatkan produktiviti usahawan wanita pinggir bandar?

    Kerajaan Negeri amat mengambil berat soal peningkatan wanita Selangor dalam bidang sosio-ekonomi. Justeru itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga sentiasa peka akan keperluan golongan usahawan wanita terutamanya usahawan wanita pinggir bandar dalam membantu mereka meningkatkan lagi produktiviti. Pelbagai bantuan asas telah diwujudkan antaranya bantuan peralatan melalui Dana Usahawan Mikro Selangor, Blueprint Kemiskinan, Skim Pendidikan dan Latihan melalui program-program di bawah Pusat Wanita Berdaya dan juga program-program anjuran Hijrah Selangor yang merupakan bantuan kewangan mikro kredit dan latihan-latihan usahawan .

Lampiran

Tiada Lampiran.