Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
165) PORTFOLIO PEMBANGUNAN KAMPUNG BAHARU
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2016
Jumlah peruntukan yang diperuntukkan untuk portfolio Pembangunan Kampung Baharu dari tahun 2014 hingga 2016 adalah seperti berikut:
BIL. TAHUN PERUNTUKAN (RM)
1. 2014 5,000,000.00 2. 2015 5,000,000.00 3. 2016 5,000,000.00 JUMLAH KESELURUHAN 15,000,000.00 -
Senaraikan semua program di bawah portfolio ini pada tahun 2016 serta kosnya
Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM5,000,000.00 kepada Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru untuk melaksanakan program dan projek kecil sepanjang tahun 2016. Penganjuran program lebih bercorak aktiviti kemasyarakatan melibatkan penduduk komuniti kampung baru dan penduduk sekitar yang berhampiran dilaksanakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan, JKKK Kampung Baru, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta yang berkenaan, manakala bagi projek-projek kecil adalah menjurus kepada penaiktarafan kemudahan di Kampung Baru yang mana merangkumi beberapa jenis projek. Sepanjang tahun 2016, antara yang telah berjaya dilaksanakan adalah:
Program-Program Kampung Baru
BIL. PROGRAM PERUNTUKAN (RM) 1 Penganjuran Kejohanan Bola Keranjang Piala Kampung Baru Tahun 2016 233,378.80 2 Program Riang Ria Membaca 49,200.00 3 Bahan Bacaan Program Riang Ria Membaca 76,400.00 4 Program Pemeliharaan Budaya “The Story of Batang Kali” 5,000.00 Jumlah Keseluruhan 363,978.80 Projek-projek Kecil
BIL. JENIS PROJEK BIL. PROJEK PERUNTUKAN (RM) 1 Menaik taraf / Bina Baru Balai raya 6 193,188.10 2 Menaik taraf Jalan Raya / Catwalk 12 1,280,798.29 3 Menaik taraf longkang 13 637,604.94 4 Menaik taraf Pusat Riadah 10 775,318.96 6 Pintu Gerbang 3 99,508.00 JUMLAH KESELURUHAN 44 2,986,418.29