Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

278) PORTFOLIO PELABURAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar, strategi dan program portfolio Pelaburan kini berbanding EXCO yang lalu?

    Secara amnya, dasar, strategi dan program portfolio pelaburan kini tiada perbezaan yang ketara dengan EXCO yang lalu kerana program-program promosi tetap diteruskan seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelum ini seperti misi penggalakkan pelaburan ke luar negara, program- program pertemuan dengan pelabur, dewan-dewan perniagaan dan pihak kedutaan asing, program-program promosi dan pengiklanan dan lain-lain lagi.

     

    Namun begitu, terdapat sedikit sedikit penambahbaikan seperti berikut;-

     

    1. Peruntukan Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Dan Pengangkutan telah ditambah bagi meningkatkan aktiviti-aktiviti promosi pelaburan.

     

    • Pihak Kerajaan Negeri dalam proses kajian untuk membuka kawasan perindustrian baru yang berkonsepkan gated & guarded

     

    • Menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan perindustrian baru dengan penglibatan pemaju swasta

     

    • Mensasarkan untuk membantu PKS untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran global melalui penggunaan kemudahan internet seperti e-commerce

     

    • Mensasarkan perdagangan sebagai aktiviti utama dan menjadikan selangor sebagai Pusat Perdagangan (Trade Centre)

     

     

  2. Bagaimanakah dasar, strategi dan program ini dapat memastikan pertambahan pelaburan di Selangor?

    Kerajaan Negeri berkeyakinan dengan dasar dan strategi ini mampu mempertingkatkan pelaburan kerana;-

     

    • Melalui program promosi yang dilakukan sama ada dalam dan luar negara melibatkan kumpulan sasar yang lebih meluas dan promosi peluang-peluang pelaburan dapat dihebahkan kepada para pelabur yang berpotensi di negara-negara yang menjadi fokus seperti Amerika Syarikat, Eropah, Jepun, China dan beberapa negara

     

    • Aktiviti promosi dan pengiklanan peluang-peluang pelaburan di media cetak mahupun media elektronik dapat mempromosikan negeri Selangor kepada pelabur yang berminat untuk mengembangkan pelaburan di rantau Asia

     

    • Pertemuan bersama pelabur-pelabur berpotensi sewaktu misi pelaburan luar negara dapat meyakinkan para pelabur untuk melabur di Negeri

     

    • Program Mesra Pelabur seperti kunjungan hormat dan pertemuan-pertemuan dengan pelabur sedia ada dapat memberi keyakinan kepada pelabur mengenai keprihatinan pihak Kerajaan Negeri dalam membantu menyelesaikan isu-isu yang berbangkit dan secara langsung menggalakkan pihak syarikat untuk menambah pelaburan sedia

     

     

    • Kewujudan SSIC Berhad yang berperanan sebagai agensi penggalakkan pelaburan memudahkan pihak pelabur merujuk kepada pihak Kerajaan Negeri sekiranya terdapat isu-isu yang berbangkit. Ini secara langsung meyakinkan para pelabur bahawa pihak Kerajaan negeri amat komited dalam menjaga hal ehwal pelabur yang melabur di Negeri Selangor. Dengan adanya agensi khusus seperti SSIC, dapat membantu memudahkan proses pelaburan di Negeri Selangor serta memudahkan pihak pelabur mengutarakan isu yang

     

Lampiran

Tiada Lampiran.