Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
204) PORTFOLIO KESIHATAN
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan peruntukan untuk portfolio ini dari 2014-2017
Peruntukan untuk Jawatankuasa Tetap Kesihatan terus di tingkatkan dari tahun ke tahun sejak tahun 2014. Sehingga tahun 2017, Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM143,800,000.00 secara keseluruhannya. Peruntukan tertinggi yang diperuntukkan adalah pada tahun 2017 iaitu sebanyak RM136,100,000.00 selaras dengan rasa kepedulian yang tinggi terhadap kesihatan rakyat. Butiran terperinci peruntukan bagi portfolio ini mengikut tahun adalah seperti berikut :
TAHUN PERUNTUKAN (RM) 2014 800,000.00 2015 2,800,000.00 2016 4,100,000.00 2017 136,100,000.00 JUMLAH 143,800,000.00 -
Senaraikan semua program di bawah portfolio ini pada tahun 2016 serta kosnya
Terdapat pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Tetap Kesihatan Negeri Selangor pada tahun 2016 dengan menggunakan 96% peruntukan yang telah diberikan iaitu sebanyak RM4.1 juta. Berikut adalah program dan aktiviti yang telah dilaksanakan :
PROGRAM DAN AKTIVITI BILANGAN PENERIMA PERUNTUKAN (RM) Program Bantuan Sihat Selangor Dan Panel Dialisis Sihat Selangor 2,000,000.00 Dialisis 500 Katarak Mata 118 Pembedahan Kecil 22 Kaki Palsu 3 Lain-lain rawatan (lampin dan susu) 133 JUMLAH PENERIMA 775 AKTIVITI KAWALAN DAN PENCEGAHAN DENGGI 1,500,000.00 Peruntukan kepada PBT( Racun ) 210,000.00 Peruntukan kepada Dewan Negeri 560,000.00 Program kawalan Aedes – Pembelian MYMAT 16,200.00 Pelantikan PCO di PBT 600,000.00 Taklimat Blueprint kepada Petugas Denggi 48,420.00 Penyelesaian denggi di Bandar Baru Kundang 30,000.00 Kempen Penggunaan Insect Repellent 17,494.40 BAKI PERUNTUKAN 17,885.60 PROGRAM KESIHATAN 600,000.00 Karnival Sihat Selangor 160,000.00 Ziarah Medik Hospital 30,000.00 Saringan Sihat Selangor (UNISEL) 316,764.00 Program Ziarah Pesakit Terlantar 40,000.00 BAKI PERUNTUKAN 53,236.00 -
Selangor mencatat kes HFMD paling tinggi 2016. Apakah pelan tindakan segera Kerajaan Negeri untuk mengatasi wabak ini?
Pelan tindakan segera Jabatan Kesihatan Negeri Selangor(JKNS) untuk mengatasi wabak HFMD ini adalah seperti berikut :
- Penilaian Risiko (Risk Assessment) dijalankan ke atas setiap tadika/taska bagi mengenal pasti risiko penularan penyakit ini serta kaedah pencegahan yang perlu dijalankan.
- Memberi taklimat berkenaan penyakit berjangkit termasuk HFMD berserta tunjuk ajar kaedah pembasmian kuman yang perlu dijalankan kepada pengusaha tadika/taska.
- Aktiviti promosi kesihatan berkenaan penyakit ini kepada masyarakat di kawasan tumpuan awam seperti di pasar raya dan pusat membeli belah.
- Hebahan awam melalui rumah-rumah ibadat seperti masjid (khutbah), gereja dan kuil.
- Bekerjasama dengan pengusaha tadika/taska dalam menyampaikan maklumat berkenaan penyakit ini kepada ibubapa/penjaga semasa acara tahunan mereka.
- Tindakan penguatkuasaan dengan penutupan premis (tadika/taska) menggunakan peruntukan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 terhadap premis yang dikenalpasti mempunyai wabak penyakit ini.