Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

284) PORTFOLIO KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan EXCO bagi portfolio Kerajaan Tempatan tahun 2015?

    Dasar dan Perancangan EXCO bagi portfolio Kerajaan Tempatan bagi tahun 2015 adalah seperti berikut :-

    • Mewujudkan pelan tindakan jangka panjang 3 hingga 4 tahun bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Negeri
    • Memastikan agar Pihak Berkuasa Tempatan bekerjasama dengan lebih rapat bersama ADUN dalam menyelesaikan isu-isu penduduk yang timbul. Kaedah penyelesaian bagi isu-isu sensitif pula perlulah dibincang bersama ADUN di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan masing-masing agar keputusan yang dibuat bersama tersebut dapat disampaikan oleh ADUN kepada
    • Mengkaji semula kadar baharu fi lesen untuk dikuatkuasakan pada tahun 2016.
    • Setiap Pihak Berkuasa Tempatan pula perlu fokus dalam menjalankan perkhidmatan teras dan Kerajaan Negeri akan sedia membantu sebaik mungkin dalam menyelesaikan sebarang masalah yang
  2. Apakah pencapaian EXCO portfolio ini bagi tahun 2014?

    Antara pencapaian EXCO Kerajaan Tempatan sepanjang 2014 adalah seperti berikut:-

    Mantan EXCO Kerajaan Tempatan sepanjang Januari-Julai 2014, telah merancang  pelaksanaan  projek Selangorku Sejahtera  di  mana  sebanyak  RM16.9 juta diperuntukkan kepada semua PBT seluruh Negeri Selangor. Selain itu, melalui Pelan Tindakan 5 Tahun yang diperkenalkan sejak tahun 2013, beberapa pencapaian dari segi pembinaan padang cergas dan penubuhan Pasukan PANTAS di PBT. Melalui pelaksanaan padang cergas sejak tahun 2013, sebanyak 118 padang cergas telah dibina yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat  yang  sihat.  Kerajaan  Negeri  juga  telah  menyalurkan  peruntukan

    RM1,165,040.00 bagi pembinaan padang cergas dalam membantu PBT yang mempunyai kekangan kewangan. Setiap PBT juga menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (PANTAS) sebagai pasukan awalan yang membantu semasa keadaan bencana alam. Dalam hal ini Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan bagi pembelian kelengkapan uniform anggota PANTAS sebanyak RM 109,650.00. Selain itu, pelbagai dasar demi kepentingan rakyat telah diperkenalkan dari semasa ke semasa.

    EXCO Kerajaan Tempatan di bawah pentadbiran baharu sejak September 2014 telah merancang program bagi mengatasi masalah kebersihan di PBT di mana sebanyak RM 19 juta disalurkan kepada PBT bagi menangani isu sampah dan kebersihan melalui Pelan Tindakan 3 Bulan (Oktober – Disember 2014).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.