Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

266) PORTFOLIO KEBAJIKAN

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan EXCO bagi portfolio Kebajikan tahun 2015?

    Dalam menjaga aspek kebajikan rakyat, Kerajaan Negeri menggunapakai Dasar Kebajikan Negara yang mana ianya memberi peluang kepada semua rakyat di Negeri Selangor untuk menikmati dan menjalani kehidupan yang sama rata. Sehubungan itu, bagi menghubungkan dasar berkenaan, Kerajaan Negeri turut membuat perancangan bagi tempoh lima (5) tahun melalui RMK-10, yang merangkumi pelbagai golongan sasaran dalam memastikan kebajikan rakyat terjaga. Perancangan bagi portfolio Kebajikan adalah seperti berikut :-

    • Program sumbangan sempena perayaan yang melibatkan pelbagai kaum seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Perayaan Deepavali dan sebagainya;
    • Lawatan kebajikan ke rumah-rumah kebajikan dan rumah-rumah NGO;
    • Program pembangunan dan pemberdayaan kanak-kanak serta Orang Kurang Upaya (OKU) yang dilaksanakan untuk membantu golongan ini membentuk jati diri;
    • Program kerjasama yang dilaksanakan bersama NGO-NGO atau rumah kebajikan OKU bagi menggalakkan mereka bergerak aktif tanpa mengharapkan bantuan dari Kerajaan Negeri sepenuhnya;
    • Program memasyarakatkan kebajikan yang mana program ini akan mempromosikan produk-produk kebajikan melalui Jelajah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang melibatkan agensi-agensi MES;
    • Program sambutan perayaan akan dilaksanakan seperti Sambutan Hari Kanak-kanak, Hari Warga Emas, dan Hari OKU di peringkat Negeri Selangor;
    • Lawatan Kebajikan ke Hospital-hospital Kerajaan;
    • Lawatan kebajikan dan penyerahan sumbangan kebajikan kepada mangsa bencana;
    • Ziarah Medik untuk pesakit terlantar dan OKU di rumah individu dengan kerjasama ADUN kawasan, Pekawanis dan NGO yang berkaitan; dan
    • Pembangunan OKU yang memfokuskan kepada golongan autism dan dyslexia.
  2. Bagaimanakah pencapaian portfolio ini di tahun 2014 dan tahun sebelumnya?

    Secara keseluruhan, pencapaian bagi portfolio kebajikan bagi tahun 2013 dan 2014 telah dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan menggunakan peruntukan yang telah disediakan. Pelbagai bentuk program telah dilaksanakan bagi memastikan penglibatan semua golongan sasaran turut serta dalam program yang

    Di antara pencapaian portfolio Kebajikan bagi tahun 2013 dan 2014 adalah seperti berikut :-

    (i) Program sumbangan perayaan

    Program ini telah dilaksanakan bagi meringankan beban golongan orang kurang berkemampuan. Seramai 200 orang penerima sumbangan diberikan setiap tahun mengikut daerah yang dikenalpasti.

    (ii)Lawatan kebajikan

    Program lawatan ilmiah ini telah dilaksanakan melalui lawatan seperti berikut :-

    • Lawatan ke rumah-rumah kebajikan ;
    • Lawatan ke persatuan-persatuan kebajikan ; dan
    • Lawatan ke hospital.

    (iii) Ziarah Medik

    Program ini telah dilaksanakan di rumah-rumah pesakit terlantar dan golongan OKU terlantar dengan kerjasama pihak ADUN kawasan, Pekawanis dan NGO yang berkaitan

    • Program Pembangunan Kanak-kanak dan OKU

    Program ini telah dilaksanakan untuk membantu golongan ini membentuk jati diri. Program kursus pengasuhan kanak-kanak iaitu Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) turut diberikan kepada pengasuh kanak-kanak sama ada di rumah atau di intstitusi bagi memastikan kanak-kanak diberikan penjagaan, teknik asuhan, keselamatan, pemakanan yang baik dan betul kepada kanak-kanak.

    Sehingga hari ini, seramai 180 orang pengasuh kanak-kanak yang telah berjaya mengikuti kursus ini dan mendapat sijil serta diiktiraf oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor.

    • Program Kerjasama

    Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai rumah kebajikan dan NGO kebajikan serta mempromosikan produk-produk yang Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dalam usaha memasyarakatkan kebajikan.

    Sehingga kini, portfolio Kebajikan telah berjaya melaksanakan program kerjsama dengan 12 buah NGO kebajikan.

  3. Berapakah jumlah dan peratusan rakyat Selangor yang telah menerima bantuan kebajikan sejak tahun 2008?

    Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor sebanyak 246,957 orang penerima dari tahun 2008 hingga September 2014 telah menerima bantuan kewangan yang disalurkan kepada mereka. Peratusan yang penerima yang telah menerima bantuan kewangan adalah sebanyak 4.83% daripada populasi penduduk. Unjuran penduduknya pada tahun 2010 adalah seramai 5,102,600 orang.

     

    TAHUN

    JUMLAH PENERIMA BANTUAN KEWANGAN JKM
     

    PERSEKUTUAN

     

    NEGERI

     

    JUMLAH

    2008 13,640 3,510 17,150
    2009 16,506 6,374 22,880
    2010 29,966 8,245 38,211
    2011 29,800 9,228 39,028
    2012 38,070 10,482 48,552
    2013 33,497 8,186 41,683
    nuari Sehingga sept

    2014)

    32,070 7,383 39,453
    JUMLAH 193,549 53,408 246,957

Lampiran

Tiada Lampiran.