Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

174) PORTFOLIO HAL EHWAL WANITA

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan portfolio Hal Ehwal Wanita bagi tahun 2015?

    Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita, akan meneruskan dasar-dasar wanita Negeri Selangor yang telah pun dilaksanakan sehingga kini. Perancangan pada tahun 2015, adalah untuk meningkatkan pemberdayaan wanita Selangor dengan program-program yang telah dirangka khusus untuk wanita melalui PWB berdasar 12 fokus/ bidang. Antara fokus utama :-

    • menaikkan taraf ekonomi wanita atau disebut sebagai ekonomi hawa;
    • Ke arah   mencapai   30%   kepimpinan   wanita  di  peringkat                     pembuat
    • Program-program advokasi gender seperti Belanjawan Responsif Gender dan Mengarus perdana

     

    Manakala antara program high-impact adalah :

     

    • Selangor International Muslimah Fashion Festival
    • Konvensyen Wanita Selangor
    • Jejak MammoSel (Saringan Mammogram Bergerak)

     

  2. Bagaimanakah prestasi pencapaian EXCO Hal Ehwal Wanita sepanjang tahun 2014?

    Prestasi program adalah seperti dilampiran 1

  3. Apakah pencapaian ini memuaskan kerana berlakunya kemelut kerusi Menteri Besar dan pemecatan EXCO?

    Walaupun berlaku kemelut kerusi MB dan pemecatan Exco sepanjang pertengahan bulan Ogos sehingga hujung bulan September, pencapaian program-program Exco tidak terjejas kerana dipangku tugas oleh YB Exco Pendidikan, YB Dr. Halimah Binti Ali ketika itu, bagi memastikan penerusan program-program berjalan lancar mengikut sasaran kerja yang telah ditetapkan. Antaranya :

    • Program WAC di Sabak Bernam
    • Program Keusahawanan Wanita
    • Program Mammogram bersama MAKNA

Lampiran

Tiada Lampiran.