Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
374) PORTFOLIO HAL EHWAL ISLAM
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar portfolio Hal Ehwal Islam di bawah pentadbiran baru?
Dasar portfolio Hal Ehwal Islam di bawah pentadbiran baru ialah seperti berikut:
- Meneruskan dasar-dasar hal ehwal Islam sedia ada yang diputuskan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),
- Meneruskan dasar-dasar yang berhubung kait dengan hal ehwal Islam yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri, dan;
- Meningkatkan kerjasama MAIS dan Kerajaan Negeri dalam pelaksanaan dasar-dasar hal ehwal Islam dan yang berhubung kait
-
Bagaimanakah dasar baharu ini dapat memperkasa pengamalan masyarakat Islam negeri?
- Kerajaan Negeri memainkan peranannya dengan memastikan perkara-perkara berhubung hal ehwal Islam dijaga dan dilaksanakan dengan Ini termasuk penyediaan infrastruktur, pelaksanaan program keagamaan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah yang berkuatkuasa.