Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
51) PORTFOLIO BELIA DAN SUKAN
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Tiadakah cadangan membuka klinik bola sepak bagi mencungkil bakat baru serta pengambilan lesen kejurulatihan dan pengadilan di setiap DUN?
Kerajaan Negeri Selangor melalui Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) selaku agensi yang berkaitan berfungsi dalam pembangunan bolasepak sentiasa peka dengan program-program bagi mencungkil bakat-bakat baru diperingkat akar umbi.
Selangor FC menjalankan kerjasama rapat di antara Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dibawah Majlis Sukan Negara & Kementerian Belia & Sukan dengan menjalankan proses pengenalpastian bakat dari seluruh Selangor. Sekolah-sekolah berikut merupakan ‘Akademi Tunas’ dan ‘Pusat Latihan Daerah’ yang menjadi platform pencarian bakat oleh Selangor FC:
- Akademi Tunas SK Kg Johan Setia, Klang
- Akademi Tunas SK Putra Heights 2, Petaling Perdana
- Akademi Tunas SK Kajang, Hulu Langat
- Akademi Tunas SK Batu Sembilan 9, Kuala Selangor
- Akademi Tunas SK Taman Bunga Raya 2, Hulu Selangor
- SMK Dato’ Harun, Pusat Latihan Daerah Kuala Selangor
- SMK Meru, Pusat Latihan Daerah Klang
- SMK Shah Alam, Pusat Latihan Daerah Petaling Perdana
- SMK Kuala Kubu Bahru Pusat Latihan Daerah Hulu Selangor
- SMK Tinggi Kajang, Pusat Latihan Daerah Hulu Langat
Selain itu, Selangor FC menjalinkan kerjasama rapat dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan menjalankan program Soccer Schools yang melibatkan seramai 80 pelajar dari setiap sekolah. Program ini menerima penyertaan dari 12 sekolah dan 1,150 pelajar. Berikut merupakan senarai sekolah yang terlibat:
Bil Sekolah Daerah 1 SK Bandar Anggerik Petaling 2 SK Taman Alam Megah 3 SK Sri Kelana 4 SK SS 6 Kota Damansara 5 SK Seksyen 24, Shah Alam 6 SK Kampung Tunku 7 SK Bandar Sunway 8 SK Seksyen 7 9 SK Seksyen 6, Shah Alam 10 SK Kota Kemuning Klang 11 SK Bukit Naga, 12 SK Sg Binjai Disamping itu juga pihak FAS akan melancarkan pelbagai program bagi memastikan perkembangan dan kesinambungan pembangunan akar umbi antaranya adalah :-
- Grassroots Football Network (GFN) yang bertujuan menghubungkan lebih 300 pihak-pihak bukan gabungan FAS seperti badan kerajaan dan swasta, institusi pendidikan, dan penggiat bolasepak dari seluruh Selangor.
- Penganjuran pertandingan FAS Return to Play edisi akar umbi bagi membantu transisi kanak-kanak sekolah rendah ke peringkat pertandingan. Penganjuran ini diadakan bersama ahli kelab gabungan di peringkat daerah Petaling dan akan melibatkan lebih 15 sekolah rendah. Program ini akan dikembangkan ke DUN yang lain dengan kerjasama ahli kelab gabungan FAS pada masa hadapan.
- Mewujudkan Liga Daerah FAS pada 2022 adalah antara agenda utama di dalam pelan FAS bagi mencungkil bakat dari Seluruh daerah di negeri Selangor. Liga ini akan merangkumi peringkat umur seawal 10-12 tahun dan 16-35 tahun. Usaha ini akan merancakkan program pencungkilan bakat bola sepak di Selangor.
Manakala bagi penganjuran Kursus Kejurulatihan, Pihak FAS telah dan akan melaksanakan program tersebut. Antaranya program yang dijalankan adalah :-
Bil Perkara Catatan Kursus Sijil Kejurulatihan FAM ‘D’ Kejurulatihan Kursus Kejurulatihan Diploma AFC / FAM C Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM ( Wanita ) Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM ( Lelaki ) vi. Kursus Sijil Kejurulatihan FAM ‘B’ vii Kursus Kepengadilan Kelas 3 Kepengadilan viii Kursus Kepengadilan Kelas 1 iv Kursus Kepengadilan Pra Kebangsaan v Kursus Kepengadilan Kebangsaan Bagi meluaskan pelaksanaan mahupun penganjuran sebarang program yang berkaitan bolasepak, pihak FAS sentiasa bersedia dan akan memberi ruang kepada individu di seluruh Selangor yang berminat dan mempunyai kelayakan untuk menyertainya. Pihak FAS juga bersedia untuk mengadakan apa-apa program sekiranya terdapat permohonan khusus daripada mana-mana Kawasan ADUN sekiranya berminat untuk dijalankan berdasarkan kesesuaian.