Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

278) PORTFOLIO ALAM SEKITAR

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan portfolio ini untuk menangani pelbagai masalah alam sekitar di tahun 2015?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar akan meneruskan perancangan dan dasar sedia ada dengan beberapa penambahbaikan bagi tahun 2015. Kerajaan Negeri juga merujuk kepada Dasar Alam Sekitar Negara sebagai panduan bagi memastikan keselarasan seterusnya memastikan kualiti Alam Sekitar di Negeri Selangor adalah yang terbaik. Bagi tahun 2015, Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar telah merangka dan akan melaksanakan aktiviti atau program seperti berikut:-

     

    i-          Seminar atau Bengkel Pemahaman & Kesedaran Alam Sekitar ii-  Kem Kesedaran Alam Sekitar

    • Program ‘Green Selangor’
    • Program atau Projek Alam Sekitar ( selaras dengan Pelan Tindakan Kejiranan Hijau)
    • Program Pemanasan Global (bagi mencegah pembakaran terbuka)
  2. Bagaimanakah pencapaian EXCO portfolio ini sejak tahun 2008 hingga 2014?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelbagai aktiviti dan program berkaitan Alam Sekitar telah di jalankan bagi tempoh 2008 – 2014 antaranya adalah seperti berikut: –

    • Kempen Kesedaran Pemanasan Bumi
    • Program Kesedaran Alam Sekitar Peringkat Sekolah
    • Kurikulum Khas tentang Kesedaran Alam Sekitar khas untuk pelajar sekolah bagi umur 12 tahun dan ke bawah
    • Selangor State Greenhouse Gas Inventory Study
    • “Eco Green Week exhibition”
    • “Green Governance Talk”
    • Program Penanaman Pokok
    • Seminar Pengurusan Barangan Kitar Semula
    • Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Dan AEON (M) Bhd. Serta Pelancaran Tabung Amanah Pemuliharaan Kelip-Kelip Selangor
    • Kempen Kesedaran Kitar Semula & Pengurangan Penggunaan Beg Plastik Serta Polisterin
    • Penambahbaikan Pengurusan   Pemeliharaan   dan    Pemuliharaan                                   Hutan Simpan di Negeri Selangor
    • Pemantauan dan Pengazettan sungai-sungai utama melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS); dan
    • Pemantauan dan Promosi Pelan Tindakan Kejiranan Hijau
  3. Apakah langkah-langkah penting yang telah dilakukan untuk memelihara alam sekitar sepanjang tempoh tersebut?

    1. Di antara langkah-langkah penting yang telah dilakukan untuk memelihara alam sekitar sepanjang tempoh tersebut adalah seperti berikut: –

     

    1. Kempen Tanpa Beg Plastik bagi setiap hari Sabtu di kesemua pusat membeli-belah di Negeri Selangor

     

    1. Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri Dan AEON Co. (M) Bhd. Serta Pelancaran Tabung Amanah Pemuliharaan Kelip-Kelip Selangor

     

    • Pemasangan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) di Bangunan Dewan Jubli Perak, SUK Selangor

     

    1. Dasar mewajibkan pemasangan Sistem SPAH untuk bangunan baru di Negeri Selangor

     

    1. Pembelian Produk Memadam Kebakaran Peatfire-X bagi mengatasi isu kebakaran Hutan Tanah Gambut di Negeri Selangor yang pertama di Malaysia.

     

    1. Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Kerajaan Negeri dengan Global Environment Centre (GEC) bagi Program Pemuliharaan Hutan Simpan Raja Musa

     

    • Pensijilan Pengurusan Hutan di Malaysia (MC & I) iaitu Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Selangor diurus berpandukan kepada prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (Sustainable Forest Management). Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) telah memperoleh ‘zero CAR (Corrective Action Respond)’ di dalam audit Pensijilan Pengurusan Hutan melalui skim MC & I selama tiga (3) tahun berturut-turut.

     

    • Pensijilan MS ISO 9001: 2008 bagi Pengurusan Pengeluaran Kayu di Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal

     

    1. Peningkatan peratusan Hutan Simpan di Negeri Selangor dari tahun 2007

    – 2014, iaitu daripada 30.5% pada tahun 2007 dengan keluasan 241,568 ha kepada 31.5% pada tahun 2014 dengan keluasan 250,129 ha.

     

     

     

    TAHUN

    KELUASAN HSK (HA) KELUASAN NEGERI (HA) PERATUS KELUASAN HSK (%)
    2007 241,568 791,084 30.5
    2008 241,568 791,084 30.5
    2009 241,568 793,020 30.5
    2010 250,129 793,020 31.5
    2011 250,129 793,020 31.5
    2012 250,129 793,020 31.5
    2013 250,129 793,020 31.5
    2014 250,129 793,020 31.5

     

    1. Penggazetan semula Hutan Simpan Sg. Buloh yang sekarang dikenali sebagai Hutan Simpan Kota Damansara pada tahun

    Pada tahun 2011, Kerajaan Negeri Selangor telah membuat pindaan berkaitan Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2011. Enakmen ini berkaitan pindaan Seksyen 11 yang mengehendaki Penyiasatan Awam (Public Inquiry) sebagaimana ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri di adakan sebelum sesuatu Hutan Simpanan Kekal dimansuhkan; dan

     

    • Program-program kesedaran dan pendidikan mengenai pemuliharaan Sungai oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) serta penguatkuasaan peraturan-peraturan baru tentang pencemaran sungai oleh LUAS

     

Lampiran

Tiada Lampiran.