Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

234) PORTFOLIO ADAT-ADAT MELAYU

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Adat Istiadat & Warisan

Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan perancangan program portfolio Adat-adat Melayu tahun 2015 ?

    1. Dasar dan perancangan program potfolio Adat-adat Melayu adalah seperti berikut:

     

    1. Menjadikan adat, warisan dan sejarah Melayu Islam sebagai khazanah warisan generasi akan datang;

     

    1. Membina citra jati diri Negeri Selangor beeteraskan adat, warisan dan sejarah Melayu;

     

    • Mengkaji dan membangun (R&D) aspek-aspek adat, warisan dan sejarah;

     

    1. Memajukan sector ekonomi rakyat jelata dan Negeri Selangor melalui pembangunan adat, warisan dan sejarah Melayu-Islam;

     

    1. Mengangkat adat,     warisan    dan    sejarah    Selangor    sebagai    produk

     

    Senarai program Adat-adat Melayu tahun 2015

     

    Bil Program 2015 Tarikh Penganjur
     

    1.

     

    School Attack

     

    Februari 2015

    PADAT / Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
     

    2.

     

    Temasya Tari Selangor

     

    Februari 2015

    PADAT / MAJLIS

    Kebudayaan Negeri Selangor

     

    Bil Program 2015 Tarikh Penganjur
    3. Seminar dan Bengkel Konservasi Februari 2015 PADAT / Jabatan Muzium Malaysia
     

    4.

    Program Kenali Warisanku Bersama PADAT (Hulu Selangor)  

    Mac 2015

    PADAT / Majlis Daerah Hulu Selangor
     

    5.

    Pameran Telepuk, Kelingkan dan Kebaya Selangor & Seminar Tekstil Antarabangsa  

    Mac 2015

     

    PADAT

    6. Seminar Permuziuman Mac 2015 PADAT / Jabatan Muzium Malaysia
    7. Hari Muzium Antarabangsa (Peringkat Negeri Selangor) Mei 2015 PADAT
     

    8.

    Program Kenali Warisanku Bersama PADAT (Petaling Jaya)  

    Mei 2015

    PADAT / Majlis Bandaraya Petaling Jaya
     

    9.

    Pameran Terkenang Semasa Dulu “Zaman Kanak-Kanak” & Majlis

    Berkhatan

     

    September 2015

     

    PADAT

     

    10.

     

    Seminar Memperkasakan Identiti Selangor

     

    September 2015

    PADAT / Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor
    11. Seminar Salasiah Melayu Bugis September 2015 PADAT / Persatuan Bugis Selangor
     

    12.

    Seminar dan Bengkel Penerapan Identiti Selangor September 2015 PADAT / Unit Perancang Ekonomi Negeri
  2. Apakah strategi untuk merealisasikan dasar dan perancangan tersebut ?

    Strategi untuk merealisasikan dasar dan perancangan tersebut adalah:

    • Menjalankan penyelidikan saitifik yang inovatif dan mencipta
    • Pengurusan konservasi yang cekap dan berkesan
    • Mempromosi Adat Melayu dan Warisan Ke Arah Kegemilangan
    • Warga kerja yang kompeten dalam bidang adat Melayu dan warisan Negeri Selangor.
  3. Bagaimanakah tahap pencapaian portfolio sebelum ini ?

    Sehingga kini, tahap pencapaian portfolio untuk Adat Melayu bolehlah dibanggakan oleh kita semua. Pelbagai program telah berjaya dilaksanakan seperti program turun ke padang bersama masyarakat, pelbagai program pameran berkaitan budaya dan kesenian bersama pelbagai agensi kerajaan dan swasta, persembahan kesenian dan sebagainya. Selain itu, pelbagai kajian yang dilaksanakan oleh staf Padat kini di peringkat akhir dan akan diterbitkan oleh pihak Padat untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar dan masyarakat. Pihak Padat juga akan berterusan menerbitkan buku jurnal ilmiah yang memuatkan pelbagai kajian berkaitan adat, budaya dan kesenian di negeri Selangor ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.