Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

351) PORTAL SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif yang akan diambil bagi meningkatkan penggunaan portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor?

    Untuk makluman Y.B. Tuan, bagi memastikan peningkatan penggunaan portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor sentiasa mengambil pendekatan yang strategik dan menyeluruh. Bagi tahun 2023, portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor telah menerima hits / dicapai oleh seramai 1,986,303 pengguna, dan sehingga Mei 2024 kita telah menerima sebanyak 1,160,770 capaian / hits. Sehubungan dengan itu, Bahagian Korporat dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor telah menggarap dan melaksanakan beberapa inisiatif yang telah dan sedang diambil, antaranya;

    1. Pengayaan Kandungan
    • Maklumat Terkini: Sentiasa mengemaskini portal dengan maklumat terkini dan relevan tentang perkhidmatan, berita dan pengumuman kerajaan.
    • Kerjasama Antara Jabatan: Meningkatkan kerjasama dengan jabatan dan agensi lain untuk memperkayakan kandungan dan perkhidmatan portal.
    • Kandungan Multimedia: Menambah kandungan video, infografik dan gambar untuk menjadikan maklumat lebih menarik dan mudah difahami.
    1. Promosi dan Kempen Kesedaran
    • Media Sosial dan Iklan Digital: Menggunakan platform media sosial untuk mempromosikan kandungan portal serta mengadakan kempen iklan digital.
    • Program Kesedaran Komuniti: Menyertai acara melibatkan turun padang jabatan yang bersesuaian bagi menyebar-luaskan atau mempopularkan alamat portal rasmi secara edaran kod QR atau sesi penerangan (Knowledge Sharing Session) di peringkat komuniti untuk memperkenalkan portal dan cara menggunakannya.
    1. Kolaborasi Integrasi dengan Perkhidmatan Digital Seluruh Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri Selangor
    • Meningkatkan E-Penyertaan dan E-Perkhidmatan: Projek kolaborasi antara jabatan/agensi Kerajaan Negeri Selangor akan dilaksanakan untuk menyediakan rakyat dengan akses mudah One Stop Centre kepada pelbagai perkhidmatan Online seperti pembayaran bil, menghantar pelbagai permohonan bantuan, semakan atau pembaharuan lesen, aduan awam dan sebagainya. Status semasa projek adalah dalam peringkat kajian. Sementara itu Portal Selangor akan terus menyediakan penyenaraian pautan perkhidmatan dari pelbagai sistem atau laman web kerajaan (sebagai Content Aggregator).
    1. Sokongan dan Bantuan Pengguna
    • Pusat Bantuan dan Sokongan: Pusat Panggilan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor bersedia sebagai pusat bantuan pada waktu pejabat untuk pengguna yang memerlukan bantuan. Manakala saluran maklumbalas Online tersedia sepanjang masa melalui sistem aduan bersepadu Kerajaan Negeri Selangor yang dikendalikan oleh Bahagian Korporat.
    • Modul Latihan: Mengadakan kursus dan tutorial dalam talian tentang penggunaan portal boleh dilaksanakan.
    1. Keselamatan dan Privasi
    • Perlindungan Data Pengguna: Memastikan keselamatan data pengguna dengan menggunakan teknologi keselamatan terkini.
    • Pematuhan Privasi: Mematuhi undang-undang dan peraturan privasi untuk melindungi maklumat peribadi pengguna.
    1. Penambahbaikan Rekabentuk dan Fungsi Portal Secara Berterusan
    • Antara Muka Pengguna (UI) dan Pengalaman Pengguna (UX): Memastikan portal mudah digunakan, dengan rekabentuk yang responsif dan navigasi yang intuitif.
    • Kebolehaksesan Kandungan (Content Accessibility): Memastikan portal mesra pengguna untuk semua, termasuk golongan OKU dengan mematuhi standard WCAG (Web Content Accessibility Guidelines).
    • Kaji Selidik Kepuasan Pelanggan Online: Menerima dan menilai maklum balas pengguna untuk penambahbaikan berterusan.

    Dengan melaksanakan inisiatif-inisiatif ini, penggunaan portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor dapat ditingkatkan, sekaligus memudahkan rakyat untuk mengakses maklumat dan perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri secara selamat, profesional, lestari, adil, segera, sekaligus meningkatkan kepercayaan dan kepuasan pengguna.

Lampiran

Tiada Lampiran.