Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

109) PORTAL E TANAH

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah alternatif yang boleh disediakan kepada golongan yang tidak mahir dalam menggunakan portal e tanah dalam urusan mengenai tanah seperti lanjutan tempoh pajakan tanah?

    Bagi para pelanggan yang datang ke kaunter e-Tanah, konsep kaunter setempat – Single Point of Contact (SPOC), dimana pelanggan boleh membuat urusan yang pelbagai (multiple) seperti perserahan pendaftaran, kutipan dan semakan serta pembayaran Cukai Tanah di kaunter yang sama berbanding membuat urusan secara berasingan sebelum ini. Kaunter SPOC yang disediakan di setiap pejabat daerah dan tanah adalah bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan pelbagai urusan secara dan perkhidmatan kepada rakyat dengan efektif agar terus berurusan tanpa perlu menunggu masa yang lama.

    Disamping itu, Kiosk awam e-Tanah juga disediakan di setiap pejabat daerah dan tanah di negeri Selangor bagi memudahkan dan membolehkan urusan secara atas talian boleh juga dibuat di pejabat tanah tanpa perlu beratur di kaunter. Di Kiosk ini juga, pelanggan boleh membuat segala urusan permohonan dan semakan secara atas talian tanpa perlu membuat urusan di kaunter.

Lampiran

Tiada Lampiran.