Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

335) PORTAL DEWAN SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah proses kemaskini jawapan soalan-soalan di dalam portal?

    Mulai Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Ketiga Belas, portal dewan negeri telah ditambah baik dan hanya berfungsi untuk membolehkan penghantaran semua pertanyaan dari Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri (ADN) dibuat secara atas

     

    Walau bagaimanapun, proses kemas kini dan edaran bagi semua jawapan berkaitan pertanyaan-pertanyaan mulut/bertulis yang diterima melalui portal dan diluluskan oleh Yang Berhormat Tuan Speaker selepas Mesyuarat Mengkaji kepada setiap Ahli Dewan Negeri (ADN) yang bertanya dilaksanakan berdasarkan Peraturan Tetap. Ini bermakna proses kemas kini jawapan tidak dilaksanakan menggunakan Portal.

     

    Sekiranya pertanyaan mulut oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) yang bertanya dijawab oleh Kerajaan semasa sesi persidangan, salinan jawapan lisan tersebut tidak akan diedarkan kepadanya. Sebaliknya, jawapan lisan oleh Kerajaan boleh dirujuk/disemak oleh Ahli Dewan Negeri (ADN) yang berkenaan melalui penyata rasmi (handsard) yang diedarkan pada hari berikutnya.

     

    Penyata Rasmi Persidangan Dewan Negeri yang lengkap bagi sidang yang telah lepas akan dimuat naik ke portal rasmi Dewan Negeri Selangor sebelum persidangan dewan berikutnya berlangsung. Salinan penyata rasmi tersebut boleh dirujuk dan dimuat turun secara terbuka oleh mana-mana pihak.

     

     

     

     

  2. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengemaskini jawapan tersebut?

    Tempoh masa yang diambil untuk mengemas kini jawapan lisan / bertulis adalah berdasarkan pindaan terkini Peraturan Tetap yang menetapkan arahan berikut:

     

    “Peraturan Tetap 24 (7) sebarang pertanyaan untuk jawapan lisan yang tidak sempat dijawab oleh Menteri Besar hendaklah diberikan jawapannya secara bertulis kepada ahli yang bertanyakan soalan tersebut sebelum usul hendak menangguhkan Dewan kepada hari yang lain dibawa”; dan

     

    “Peraturan Tetap 24(8) – semua pertanyaan bagi jawapan bertulis mestilah dijawab dan diedarkan kepada ahli yang bertanyakan soalan tersebut pada persidangan Dewan”.

Lampiran

Tiada Lampiran.