Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
62) PORTAL BERSEPADU LAMAN WEB ADUN
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri sudah mengenal pasti kekuatan dan potensi di segi penerangan yang mampu dijana oleh laman-laman web setiap ADUN di semua DUN seluruh Selangor?
Kerajaan Negeri telah mengenal pasti kekuatan dan potensi penerangan yang mampu dijana menerusi Laman Web dan dengan itu setiap ADUN telah diwujudkan bagi meletakkan maklumat ADUN di dalam laman masing-masing.
Ia bertujuan untuk :-
- Penyampaian maklumat yang mudah dan cepat – memudahkan rakyat mendapatkan informasi mengenai wakil rakyat mereka hanya dengan mencapai laman web rasmi kerajaan negeri tanpa perlu mencari di internet atau menelefon pejabat dewan
- Maklumat Tepat dan Telus – segala informasi mengenai ADUN seperti nama, kawasan, alamat pejabat, no telefon pejabat, alamat rumah dan email. Ada juga diantara ADUN yang meletakkan no telefon bimbit dan blog di dalam informasi tersebut.
Sasaran Kerajaan Negeri Selangor meletakkan maklumat ADUN di dalam laman web rasmi kerajaan negeri adalah untuk seluruh dunia, rakyat Malaysia amnya dan rakyat negeri Selangor khasnya.
Berdasarkan statistik di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, bermula 1 Ogos 2005 sehingga 30 Jun 2011, seramai 182,288 mencapai page ADUN untuk melihat dan mendapatkan maklumat mengenai ADUN di Selangor.
Di samping itu, pegawai di Pejabat DUN juga telah memberi kerjasama dengan memberikan maklumat terkini mengenai ADUN di kawasan mereka melalui email ke webmaster Laman web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor untuk dikemaskini.
-
Apakah Kerajaan Negeri mempunyai rancangan untuk mensinergikan lamanlaman web ini sebagai satu portal penerangan bersepadu?
Pada masa sekarang, Kerajaan Negeri telahpun mempunyai satu laman web DUN Selangor (http://dun.selangor.gov.my). Laman web ini dibina untuk memudahkan orang awam mendapatkan informasi terkini mengenai DUN Selangor seperti berita, petikan Blog ADUN, Aktiviti/Program DUN, Peta Kawasan dan Hansard. Selain itu, laman web tersebut juga mengandungi maklumat mengenai direktori ADUN, MMKN dan Dewan Negeri Selangor.
Nilai tambah yang dirancang oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk mensinergikan laman-laman web ADUN dengan laman web rasmi kerajaan negeri adalah dengan menambahbaik laman web sedia ada. Selain itu, Facebook, Blog atau Twitter ADUN-ADUN juga boleh di pautkan bagi memastikan rakyat dapat berhubung dengan Kerajaan dan Wakil Rakyat dengan berkesan. Sistem e-aduan juga boleh dilaksanakan menerusi aduan diterima dan dipantau oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan seterusnya dihantar maklumat tersebut kepada ADUN-ADUN kawasan berkenaan.
-
Apakah Kerajaan Negeri ada rancangan untuk mewujudkan seorang pegawai penerangan bagi mengemaskini laman-laman web ini melalui pusat-pusat khidmat ADUN?
Kerajaan Negeri tidak mewujudkan seorang pegawai penerangan bagi mengemaskini laman-laman web ini