Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
153) PONDOK TELEFON AWAM
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan menyeluruh terhadap pondok-pondok telefon awam yang terbiar?
a) dan b)
Kerajaan Negeri belum mempunyai perancangan khusus untuk menyelenggara pondok-pondok telefon awam yang terbiar. Walau bagaimanapun pihak PBT telah melaksanakan tindakan dengan menghantar notis/surat kepada Syarikat-syarikat telekomunikasi.
-
Apakah tanggungjawab yang harus dikenakan terhadap kesemua pemilik pondok telefon awam tersebut?