Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
95) PONDOK MADRASAH DAN SEKOLAH TAHFIZ TIDAK BERDAFTAR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah madrasah dan sekolah tahfiz yang masih belum berdaftar di seluruh Negeri Selangor ketika ini?
Sebanyak 167 buah madarasah dan sekolah tahfiz yang belum berdaftar di seluruh Negeri Selangor.
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan madrasah dan sekolah tahfiz tersebut berdaftar di Negeri Selangor?
Langkah-langkah yang dilaksanakan Kerajaan Negeri untuk memastikan madrasah dan sekolah tahfiz tersebut berdaftar di Negeri Selangor adalah:
i. Menganjurkan Program Pemutihan Institusi Tahfiz Negeri Selangor. Program ini adalah salah satu langkah yang di ambil oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu pihak pengusaha tahfiz mendapat Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) melalui Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa (JPBD) bagi menyelaras dan memperhalusi garis panduan yang dicadangkan.
ii. Mengadakan beberapa siri taklimat dan seminar pendaftaran yang telah dilaksanakan sejak 2019 mensasarkan kepada semua Pengusaha Institusi Tahfiz Persendirian. Program melibatkan Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pihak Berkuasa Tempatan.
iii. Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor juga telah memberi khidmat nasihat ke atas sekolah-sekolah yang belum berdaftar melalui pemantauan yang telah dibuat oleh Nazir-nazir Sekolah Islam yang dilantik.
Lembaga Zakat Selangor telah memperuntukan sebanyak RM 3.35 juta untuk Program Pemutihan Institusi Tahfiz Persendirian Negeri Selangor bagi membantu Institusi Tahfiz mendapatkan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC).