Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
179) PONDOK BAS DI DUSUN TUA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Wira Johan Bin Abd Aziz
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Memohon kerajaan menaiktaraf pondok bas
yang terdapat di Dusun Tua seperti memasang
lampu yang lebih terang, membaiki bumbung
pondok yang usang.Cadangan menaiktaraf pondok bas di kawasan Dusun Tua, Hulu Langat akan dilaksanakan menggunakan peruntukan Tabung Akaun Amanah Caj Pemajuan dan dijangka akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2024 bagi lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti.
-
Apakah rancangan kerajaan untuk
mengkaji semula kedudukan pondok bas yang
tidak strategik agar lebih sesuai dengan
keperluan semasa?Pihak Majlis akan membuat pemantauan dan penelitian semula ke atas kedudukan pondok bas sedia ada bagi setiap lokasi mengikut faktor-faktor keperluan semasa seperti kepadatan penduduk, kekerapan laluan bas / pengangkutan awam dan permohonan yang diterima melalui Ahli Majlis, wakil rakyat kawasan dan orang awam.
Pihak Majlis sedang melaksanakan penggantian pondok bas yang rosak / uzur dengan rekabentuk terkini di lokasi-lokasi sedia ada secara berperingkat mengikut peruntukan Majlis sedia ada.