Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

347) POLISI TENDER TERENDAH

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan peratusan projek-projek Kerajaan Negeri yang dapat disiapkan mengikut jadual berdasarkan polisi ini?

    1. Semakan terhadap rekod semasa projek-projek yang ditender pada tahun 2013- 2014 mendapati tiada projek Kerajaan Negeri yang dapat disiapkan mengikut jadual asal. Ini kerana, kesemua projek telah diberi perakuan Extension of Time (EOT) di mana pemberian EOT ini adalah sesuatu yang dibenarkan di bawah peraturan semasa (1Pekeliling Perbendaharaan – PK4/2013 Pentadbiran Kontrak Dalam Perolehan Kerajaan).

     

    Oleh yang demikian, faktor harga terendah tidak menjadi punca EOT ini. Sebaliknya, ianya dipengaruhi faktor seperti berikut:-

     

    1. Keburukan cuaca luar biasa;

     

    1. Penangguhan kerja sebagaimana Fasal 50 Syarat-syarat kontrak PWD 203 A (Rev. 2007);

     

    • Arahan yang diberi oleh Pegawai Penguasa berbangkit dari pertikaian dengan tua-tuan punya berjiran dengan syarat ianya tidak disebabkan oleh apa-apa perubahan kecuaian atau kemungkiran di pihak kontraktor atau mana-mana Subkontraktor yang Dinamakan atau selainnya;

     

    1. Arahan-arahan Pegawai Penguasa yang dikeluarkan, selagi mana arahan tersebut bukan berpunca daripada kelalaian dan kecuaian, kemungkiran atau pecah Kontrak oleh Kontraktor Utama, Subkontraktor Dinamakan dan Pembekal Dinamakan;

     

    1. Kontraktor telah tidak menerima dalam masa yang wajar daripada Pegawai Penguasa;

     

     

    vi. Kelambatan    memberi    milik    Tapak    Bina    dan bukannya disebabkan
    kelewatan/kegagalan     kontraktor      menyediakan Insurans dan      Bon
    Pelaksanaan;    

     

    • Kelambatan di pihak artisan, tukang-tukang atau orang-orang lain yang ditugaskan oleh Kerajaan bagi melaksanakan kerja yang tidak menjadi sebahagian dari kontrak;

     

    • Kontraktor tidak berupaya kerana sebab-sebab yang tidak dapat dikawal dan diramalkan olehnya dengan munasabahnya pada tarikh penutupan tender untuk mendapatkan apa-apa barang atau bahan yang diperlukan untuk menjalankan Kerja dengan sewajarnya; dan

     

    1. Kelambatan di pihak Subkontraktor Dinamakan dan/atau Pembekal Dinamakan melaksanakan kerja mereka dan kelambatan yang menjejaskan kerja mereka itu adalah disebabkan oleh sebab-sebab yang sama sebagaimana dinyatakan dalam perkara (i) hingga (ix) di atas tetapi kelambatan tidak disebabkan oleh Subkontraktor Dinamakan dan/atau Pembekal Dinamakan
  2. Nyatakan projek-projek sakit yang terpaksa ditender semula disebabkan kegagalan kontraktor menyiapkannya mengikut jadual dan spesifikasi kesan dari pelaksanaan polisi ini.

    1. Senarai projek sakit dari Tahun 2011 – 2014 yang terpaksa ditender semula diperincikan seperti berikut:-

     

    Bil Nama Projek Nama Syarikat Nilai Projek (RM) Catatan
    1. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Bangi, Mukim Kajang, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan Hisniaga Bina Sdn. Bhd. 4,216,512.95 Projek lewat kerana hak milik tanah belum selesai.
    2. Kerja-kerja Pembinaan Kolam Takungan Banjir Serta Kerja-kerja Lain Yang Berkaitan di Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan Asas Kasturi

    (M) Sdn. Bhd

    2,550,209.00 Projek lewat kerana Kontraktor lewat menerima lukisan pembinaan.
    3. Cadangan Membina dan Menyiapkan 1 Blok 4 Tingkat, sebuah bangunan Trisaga Construction Sdn Bhd 6,250,000.00 Tarikh tamat : 26 November

    2010

     

    Bil Nama Projek Nama Syarikat Nilai Projek (RM) Catatan
      kantin dan kerja-kerja lain yang berkaitan di SRA Bandar Bukit Puchong, Daerah Sepang Selangor      
    4. Membina dan Menyiapkan SRA Seksyen 24, Shah Alam, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Base Fokus Sdn Bhd 4,772,722.00 Tarikh tamat : 18 Julai 2012
    5. Menaiktaraf Laluan Negeri B58 Jalan Banting-Raba, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan Inspirasi Perkara Sdn Bhd 32,950,004.80 Tarikh tamat : 9 Julai 2012
    6. Membina dan Menyiapkan Masjid Dato’ Haji Kamaruddin, Daerah Petaling, Selangor Darul Ehsan Mywa Synergy Sdn Bhd 7,100,500.00 Tarikh tamat : 31 Oktober

    2012

    7. Membina dan Menyiapkan Blok 4 Tingkat Bangunan Sekolah, Kantin dan lain- lain kerja untuk SRA Sungai Tangkas dalam Daerah Hulu Langat

    Selangor

    Mamfor Construction Sdn Bhd 5,272,420.00 Tarikh tamat : 1 Februari 2013
    8. Cadangan Membaikpulih dan Menaiktaraf Masjid Jamek Raja Uda, Seksyen 16 Shah Alam, Daerah Petaling Selangor Darul Ehsan Cater Construction Enterprise Sdn Bhd 1,572,680.00 Tarikh tamat : 28 September

    2012

     

    Bil Nama Projek Nama Syarikat Nilai Projek (RM) Catatan
    9. Membina Jalan Penyambung Dan Menaiktaraf Jalan Abdul Manan di Antara Jalan Kapar dan Jalan Meru, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan UA Construction Sdn Bhd 3,300,113.50 Tarikh tamat : 16 Mei 2013
    10. Cadangan Membina dan Menyiapkan Masjid Seksyen 7, Di Jalan Kristal 7/70, Seksyen 7, Shah Alam, Daerah Petaling, Shah Alam Lanhill Consolidated

    (M) Sdn Bhd

    7,305,208.60 Tarikh tamat : 17 Mei 2013
    11. Membina Dan Menyiapkan Sebuah Kunci Air Bagi Menaiktaraf Sistem Saliran Di Bagan Nakhoda Omar (BNO) Daerah Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan Myasas Engineering Sdn Bhd 1,233,838.00 Tarikh tamat : 22 Ogos 2011
    12. Membina Dan Menyiapkan Parit Konkrit Berbentuk ‘U’ Dan Kerja- Kerja Berkaitan Di Jalan Panchang Bedena, Sungai Besar, Daerah Sabak Bernam, Selangor Sole Resources Sdn Bhd 2,496,320.00 Tarikh tamat : 14 Ogos 2012
    13. Rancangan Tebatan Banjir Sungai Seputeh di Kampung Tasik Permai Mukim Ampang Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan – Fasa 1 Lestari Services Sdn Bhd 746,270.00 Tarikh tamat : 23 November

    2012

     

    Bil Nama Projek Nama Syarikat Nilai Projek (RM) Catatan
    14 Kerja-kerja Membaikpulih Cerun Runtuh, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan Pelita Maintenance Resources Sdn. Bhd 2,186,642.00 Tarikh tamat : 26 Jun 2013
    15 Cadangan Membina dan Menyiapkan Kuarters Jurutera Daerah JKR Kuala Selangor, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan Yasdam Enterprise 710,900.80 Tarikh tamat : 3 Januari 2014
    16 Cadangan Membina dan Menyiapkan Masjid Al- Hidayah Kampung Johan Setia, Daerah Klang, Selangor Merger Netwrok Sdn Bhd 6,272,000.00 Tarikh tamat : 21 Mac 2014
    17 Cadangan Membina dan Menyiapkan Masjid Taman Ukay Perdana, Daerah Gombak, Selangor Darul Ehsan A.Rahis Sdn Bhd 8,396,698.00 Tarikh tamat : 3 April 2014
    18 Cadangan Membina dan Mengubahsuai dan Menaiktaraf satu (1) unit incubator (IAT) di bangunan sediaada untuk Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor Syarikat Sri Delima 537,500.00 Tarikh tamat : 17 Mei 2014

Lampiran

Tiada Lampiran.