Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
202) POLISI KEDAI DAN GERAI MAMPU MILIK
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah polisi Kerajaan Negeri untuk memastikan wujudnya kedai dan gerai mampu milik bagi menggalakkan perkembangan perniagaan kecil sederhana dan bilakah polisi ini dilaksanakan?
Untuk makluman Yang Berhormat, Polisi/Dasar pengenaan Kedai Mampu Milik (Kedai Kos Rendah) telah mula diperkenalkan secara rasmi melalui Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan Negeri Selangor Edisi Pertama yang telah diluluskan pemakaiannya pada 6 Ogos 2006.
Bagi pembangunan perniagaan yang mempunyai 50 unit kedai atau melebihi, disyaratkan perlu menyediakan 20% Kedai Mampu Milik. Harga jualan Kedai Mampu Milik pula ditetapkan pada kadar RM120,000 seunit. Manakala bagi pembangunan Kompleks Perniagaan disyaratkan perlu menyediakan 10% daripada keseluruhan ruang lantai bersih sebagai Kedai Mampu Milik dalam bentuk saiz lot kecil atau kiosk untuk disewa.
Dasar ini diwujudkan untuk membantu peniaga kecil samaada memiliki premis perniagaan sendiri ataupun menyewa kiosk untuk mereka memulakan perniagaan. Sebelum ini pemilihan pembeli adalah melalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tanah Daerah namun bermula tahun 2010, senarai nama pembeli 100% adalah diperolehi daripada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
-
Senaraikan lokasi,jumlah unit dan harga jualan untuk kedai dan gerai mampu milik mengikut pecahan PBT.
- Senarai lokasi,jumlah unit dan harga jualan untuk kedai mampu milik mengikut pecahan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut :
Bil Projek Jumlah Unit Harga Jualan Daerah PBT 1 Alam Impian 8 RM120,000 Klang MBSA 2
Emira, Seksyen 13 Shah Alam 23
RM120,000
Petaling
MBSA
3 USJ Heights 4 RM120,000 Petaling MPSJ 4
One South, Seri Kembangan 107
RM120,000
Petaling
MPSJ
5 Sazean Business Park 20 RM120,000 Klang MPK 6 Plaza Crystalville 12 RM120,000 Sepang MPSp 7
Cyber Valley Commercial Centre 8
RM120,000
Sepang
MPSp
8. Pusat Perniagaan Gemilang 18 RM120,000 Sepang MPSP 9
Jati 4, Puncak Bistari
30
RM120,000
Kuala Selangor MDKS
10
Sentrovue
102
RM120,000
Kuala Selangor MDKS