Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

61) POLISI BANTUAN IBU TUNGGAL DI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah polisi untuk membantu ibu tunggal, susah lagi miskin yang tinggal di Negeri Selangor sekiranya mereka tidak menepati syarat tinggal/ bermastautin di negeri ini di bawah 5 tahun?

    Kerajaan Negeri Selangor telah menetapkan hanya rakyat negeri Selangor yang lahir di negeri Selangor atau bermastautin di negeri Selangor melebihi 10 tahun layak menerima bantuan/insentif Kerajaan Negeri. Selain itu, pemohon mestilah pengundi berdaftar di DUN Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.