Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

17) POLIS SYARIAH

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Terdapat cadangan untuk mewujudkan pasukan polis syariah di peringkat persekutuan. Apakah kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan pasukan demikian di Negeri Selangor ?

    Setakat ini belum ada sebarang cadangan untuk mewujudkan Polis Syariah di Selangor.

  2. Apakah mekanisme negeri menguatkuasakan enakmen syariah negeri?

    Dalam menguatkuasakan enakmen syariah di Negeri Selangor, mekanisme penguatkuasaan yang digunakan adalah berdasarkan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 2003 dan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 2003. Bagi mengendalikan isu-isu berkaitan ugama bukan Islam mekanisme yang digunakan adalah berdasarkan Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.