Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

280) POLIS KOMUNITI

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan pandangan mengenai polis komuniti yang ditubuhkan di Negeri. Selangor?

    Community Policing merupakan satu pendekatan dalam usaha memerangi jenayah yang memerlukan kerjasama erat antara masyarakat dan polis sejak tahun 1968 (Sistem Salleh).

     

    Semua lapisan masyarakat bertanggungjawab dalam melaksanakan program pencegahan jenayah bersama pihak polis.

     

    Semua aktiviti perlu dilaksanakan secara sistematik. Oleh itu, adalah penting untuk mempunyai satu garis panduan khusus bagi tujuan keseragaman aktiviti serta penggunaan peralatan logistik.

     

    Penubuhan Persatuan “Community Policing” hendaklah berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Register of Societies, ROS) di bawah Seksyen 6 – Permohonan untuk pendaftaran, Akta Pertubuhan Malaysia 1966 (Akta 335).

  2. Apakah jenis bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada polis komuniti khususnya di kawasan bandar?

    Memainkan peranan sebagai pemangkin untuk menjayakan program-program dan memastikan segala tindakan sejajar dengan peruntukan undang-undang.

     

    Melaksanakan rondaan bersama dan lain-lain aktiviti secara kerjasama strategik di antara PDRM dengan Persatuan Kepolisan Komuniti amat perlu dalam usaha menurunkan kadar jenayah.

     

    Membentuk rangkaian perkongsian maklumat mengenai perlakuan jenayah dan menjadikan ahli-ahli Persatuan Komuniti Malaysia sebagai mata dan telinga kepada PDRM.

  3. Adakah kerajaan mengiktiraf polis komuniti di negeri Selangor?

    Mana-mana persatuan komuniti yang berdaftar di negeri Selangor dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (Register of Societies, ROS) di bawah Seksyen 6 – Permohonan untuk pendaftaran, Akta Pertubuhan Malaysia 1966 (Akta 335) adalah diiktiraf oleh kerajaan di mana di dalam persatuan tersebut telah memasukkan di dalam perlembagaan persatuan akan mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara (Arahan 104).

Lampiran

Tiada Lampiran.